Sunday, July 5, 2009

Gelora Hati 8

Tengah malam itu…senyap-senyap dia ke hospital melihat keadaan Alia..Semakin menggebu perasaan bersalah di hatinya…Kelihatan kepala Alia ditampal plaster dan tangan kanan tercucuk jarum…Semuanya salah aku..kalau tak kerana aku mesti Alia tak begini…Mujur pada waktu itu sudah tengah malam..Mama dan papa Alia sedang tidur keletihan di bahagian menunggu. Begitu juga Alia…lena diulit mimpi..mungkin kerana kesan ubat…Tiba-tiba terasa ingin dibelai rambut itu yang ikal mayang…Sedang dia membelai rambut Alia…tiba-tiba Alia tersedar…
“Papa tak tidur ke..adik tak larat nak buka mata ni…papa baliklah rehat…adik tak apa-apa..”jelas Alia yang hanya membuka sedikit mata lemah dan kembali tidur….
Huh…nasib baik…kalau tak mampus aku…desis hati Is..Kenapa aku tiba-tiba terasa lain macam ni…
Malam itu..Is tidur dengan keadaan bersalah…
Pagi itu, bila Alia bangun dia terasa dia bukan bermimpi…Entah kenapa dia seakan yakin malam tadi Is yang datang melawatnya…Cuma dia tidak yakin….takkan lah..mungkin aku mimpi..bisiknya dalam hati.
“Adik rehatlah..papa nak ke pejabat..take your rest tightly my princess” ucap papa..
Sementara mama akan sedia menemani kerana disuruh papa. Mungkin kalau Riana yang masuk hospital, tidak perlu disuruh papa pun mama akan tunggu. Bukan apa, aku memang terasa hati dengan mama…nampak sangat dia lebih sayangkan kakak. Bukan niatku untuk buruk sangka..tetapi itulah hakikat yang perlu aku terima sejak dari dahulu lagi..
Tengahari itu, aku dibenarkan pulang ke rumah…Aku beristirehat di rumah…aku tertidur sampai ke petang..kepalaku masih lagi berplaster…Dalam hatiku terkata, dasyat juga si Is tu bila marah…macam nak bunuh orang…Ini membuatkan aku sedikit fobia terhadapnya..Tapi malam tadi…rasanya macam dia..
Sedang aku berkhayal di atas katil…Bibik menerpa bilikku…
“Non…ada tamu datang tetapi puan dan kakak ngak ada…Macam mana non..”
“Siapa bik…”
“Is..kakak non punya cowok..”
“Oh..cowoknya kakak…bik bilang saja ngak ada orang kat rumah bik…Alia tak larat nak bangun ni bik…”jelasku..padahal aku malas nak bersemuka dengan Is..biarlah dia begitu..ego punya tinggi..sia-sia aja tolong…bukan nak berterima kasih..tapi dimarahnya…nak dibunuhnya pun ada…
“Dah dibilang non…tapi om Is tanya siapa ada kat rumah…jadi bibik bagi tau lah non ada di rumah..”
“Bik tak bagi tahu ke adik tak sihat…”
“Ya udah non…bibik bilang sama om , non baru keluar hospital…”
“Ala bik…bik layan ajalah dia…adik sakit kepala ni…nanti adik pengsan masuk hospital bibik juga yang risau nanti…”
“Maaf non..bibik bukan apa…om tu tanya banyak sangat…kalau boleh dia nak tengok non di bilik ni…”
“Apa bik..dia nak apa sebenarnya bik??”
“Bibik pun ngak tahu non..”
“Kakak pergi mana bik…”
“Show room sama ibu…”
“Aduh…bik cakap aje..adik dah sihat..tak mahu diganggu…”
“Baik non…”
Is hampa kerana hajat ingin bersua muka dengan Alia tidak kesampaian…Dia tahu Riana tiada di rumah..kerana itu dia dengan beraninya datang…Niat hati ingin meminta maaf atas kekasarannya pada gadis itu…Perasaan menyesalnya datang lagi…
Oleh kerana sebab kes hospital itu, aku bercuti selama seminggu..Kini aku kembali ke pejabat seperti biasa..Baru 20 minit aku sampai..telefon di mejaku sudah berdering…
“Alia here…Can I help you…”
“Hai Alia apa khabar..dah sihat…”
Ishk..tiada orang lain ke…pagi-pagi dah mengacau..Desisku di dalam hati..
“Hello..who is this” tanyaku sengaja aku pura-pura tidak kenal…
“Alia..Is ni…dah tak kenal ke…”
“Ooo..Encik Iskandar..Can I help you?”tanya ku malas…
“Alia..Is tahu Alia marahkan Is..I’m sorry…Is ngaku hari tu salah Is..”
Aku hanya senyap…apa lagi yang dia hendak..Selepas kejadian itu..aku berharap dia tidak mengacau aku lagi..
“Alia…say something…You marahkan I sampai tak mahu cakap dengan I lagi ke…”tanyanya..
“I don’t have any idea..”
“Alia…Is ikhlas minta maaf ni..Is sedar itu silap Is..”
“Alia pun minta maaf jika cara Alia itu menyakitkan hati Is…and one more thing…mulai hari ini I dah tak mahu jadi orang tengah lagi…”
“You masih marah ke..”
“Tipulah kalau I kata I tak marah..”
“I’m sorry..”pintanya lagi..
“Is…I maafkan you..dan I pun minta maaf…”
“So..it settle than..0..0.ok..”
“ya..0-0..”
“so..as apologize..can we lunch together..”pintanya…
Aduh…nak lunch pula..macam mana ni…aku dah serik dah…
“Sorry, I ada date lunch nanti” entah kenapa ini pula yang keluar dari mulutku…Mungkin sekadar untuk melepaskan diri…
“Dah ada date…?”tanyanya hampa…
“Is…I dah maafkan you…so, you tak perlu lagi rasa bersalah…and one more things…make my sister happy…promise me…” entah mengapa ucapan itu yang terucap di bibirku…
“I will…so..bye..”
Selepas meletakkan ganggang, Is berfikir…kenapa dia seakan nak mengelak…lagi pelik suruh bahagiakan kakaknya…Sebenarnya tidak pelik tetapi selepas apa yang Riana ucapkan dia terasa sesuatu…Namun dia tidak pasti…ada sekali Riana cakap Alia tidak sebaik luarannya…Betulkah…Memang nampak terlalu baik…Seakan berpura-pura..Manakala Riana terlalu berterus terang…Memang nampak ketara Alia melindungi sesuatu..Dia ada niat lain ke….Akalnya mula memikirkan sesuatu yang buruk…

Sebenarnya hari itu Alia tiada date pun..sahaja menipu sunat..Tak mahu menimpa bala lagi…Sedang dia melangkah ingin ke food court bersama Noni, rakan sekerjanya..Tiba-tiba dia disapa…
“Hi Ria…long time no see..” Aku lantas tersenyum menerima sapaannya…
“Long time to see you too..seorang ke??”tanyaku sementara Noni hanya memerhati..
“Emm…sorang lah…lain lah kalau you temankan I..tak lah I keseorangan…”jawabnya bernada lucu..
“Of course…So..buat apa kat sini”
“Tunggu you lah…”
“You ni kan..kalau tak cakap putar belit tak sah…”jawabku…
“Of course…”jawabnya lalu ketawa…
Sebenarnya dalam diam, Zikri menyimpan perasaan pada pada Adriana Nathalia, tetapi menganggapkan gadis itu tidak berapa suka pada ikatan kasih sayang dibiarkan sahaja hubungan dan cuma menghulurkan tali persahabatan ketika mereka belajar di UK dahulu..Tetapi sekarang akan dicuba nasib…sebenarnya bukan tak berani..Kawan baiknya sendiri ada hati pada Ria dahulu dan ditolak mentah-mentah oleh gadis itu dengan alasan dia di UK untuk study..jadi diikut gaya hidup gadis itu…Tipa-tiap yang berlaku mesti dia ambil berat dan ketika itu juga dia mengetahui rupanya gadis itu pernah putus cinta..Mungkin teruk terluka…
“Hello..you ni kan dari dulu lagi…mesti suka berkhayal…Ingat kan girlfriend ke?? Atau isteri..”
“Eh…you ni Ria…takkan you tak tau..I tunggu you..”
“Kalau tunggu I alamaknya…you makan hati la…”tanpa memikirkan perasaan Zikri..Alia membalas tanpa sedar lelaki itu bercakap benda yang serius…
“Oh…lupa nak kenalkan..ni Noni,my officemate…you kerja kata mana?”tanyaku lagi..
“Area Gombak..You?”balasnya selepas bersapa dengan Noni..
“Office I dekat-dekat sini aje….”balasku…
Dia meminta diri selepas bertukar nombor handset…