Saturday, December 12, 2009

Gelora Hati 10

Begitulah kisahku dan Is dan makin hari kami semakin rapat…Dia pula selalu mengajak aku keluar..Kadang-kadang aku serba salah dibuatnya…Dan makin lama aku mula terasa kelainan dalam diriku…Dia sering melayaniku mesra sehinggakan kadang-kadang tu memang terlalu rapat…Kalau orang lain mesti ingat kami pasangan kekasih…Sehingga aku terpaksa mengambil keputusan begini…

“Lia…temankan Is after office hour nanti ye…Is nak tell you something…”jawabnya ceria…

“Is…cakap on the phone tak boleh ke…Alia letih la hari ni” itulah alasan ku waktu itu..

“Em…tak apalah..I tell you tomorrow..See you tomorrow ok…”pintanya..

“Apa yang rahsia sangat ni…dah confirm tarikh kahwin dengan kakak ya??” tanyaku…


Dia mengeluh…


“I don’t know your sister anymore..Is rasa baik I kahwin dengan you aje” jawabnya itu menyebabkan aku kaku sebentar…Namun cepat-cepat aku berdalih…

“Is..jangan bergurau dengan Alia macam ni ok..I don’t like it..”

“Kadang-kadang hal macam tu berlegar-legar dalam fikiran Is, Alia…Your sister…I don’t know..”

“Is..kalau you macam ni..I tak akan keluar dengan you lagi…I rasa bersalah…I tak mahu jadi perosak antara you dengan my own sister…Please..jangan buat macam ni..”pintaku..

“Alia…Is gurau aje la..” tiba-tiba Is mencelah..tetapi hakikatnya dia mula tawar hati dengan Riana dan sedikit demi sedikit diisi oleh Alia…Dia tahu dia tak sepatutnya berperasaan begini…tetapi perangai Riana sedikit sebanyak mencabar egonya…


Akhirnya Alia menamatkan perbualan kerana terpaksa menghadiri meeting mengejut..


Tiba waktu lunch…Zikri pula muncul…Sebenarnya Zikri selalu ingin aku memberi perhatian dan kadang-kadang terlalu lebih perhatian padanya..Aku pun pelik…Memang sejak dua menjak ini Zikri dan Is sentiasa ingin mencuri masaku sehingga aku naik pening…Tak mahu layan…Kesian pulak…


“Apa mimpi you hari ni..tak call…tiba-tiba muncul..”tanyaku..

“Kalau I call…you nak keluar dengan I ke??” perlinya…

“Sorry…I busy sekarang…tu yang tak ada masa..”jawabku lembut..

“I need to see you Ria..You perlu tahu apa yang I..” dia berhenti..

“Can I pick you after office hour…or can we have dinner together tonight..” pintanya..

“Zik…you tahu kan…I memang jarang keluar malam..and one more thing…I tak keluar dengan a man malam-malam…”

“Ia ke…hari tu I ada tengok you keluar dengan lelaki..Bukan main mesra lagi…”

“Lelaki…mesti you silap orang ni??”tanyaku…

“Tak kisahlah..so, Can I pick you after office hour..”

“I sebenarnya…”

“Ria please…”

“Ok..but after 6. Tapi kalau you lambat I balik terus” jawabku sebelum pergi meninggalkannya..


Sebenarnya aku rimas dengan perlakuan Zikri sekarang..suka sangat mendesak…Ikut suka hati aje nak datang…Naik rungsing aku..Tapi..dia tuduh aku keluar dengan lelaki..mesti dia tengok kakak ni..


Petang itu, seperti yang dia janji dia menjemputku selepas waktu pejabat…Dia membawaku ke sebuah restoran ekslusif dan dipilihnya tempat yang terlindung dari orang lain…


“Ria..sebenarnya…”dia berhenti sedikit kurang yakin..

“You ni kenapa Zik…dari tengahari tadi you pelik macam ni..kenapa..you dah nak kahwin ke??” tanyaku serkap jarang..dan aku makin terkejut kerana dia mengiyakannya..

“Really..”jawabku sambil ketawa..

“So…who is the lucky woman than??” tanyaku tanpa memahami situasi itu…

“You..” aku yang ketika itu sedang meminum air tersedak…

“Apa…you are kidding right??” tanyaku dengan hati yang berdebar…

“Ria…sebenarnya I dah lama sukakan you..sejak di UK lagi..”jawabnya dan ketika itu dia sudah mula mencapai jemariku…Namun aku lantas menariknya..Dan kelihatan dia kecewa…


“You should not do that Zik..I respect you and I like you…but only as friend…you should know…”tanyaku..

“But Ria..boleh ke seorang lelaki menjadi sekadar kawan sahaja..”

“Yes..”

“But Ria…”belum dia habis bercakap aku memotong…

“Zik..antara kita just a friend…Kalau you tak boleh terima…I rasa you tak akan jumpa I lagi..”jawabku..

“But Ria…I really love you..kenapa??sebab lelaki itu ke..Apa hubungan dia dengan you..”

“Siapa??”

“You must know better than me right??”

“You jangan nak menuduh tanpa usul periksa ye…I tak suka..” jelasku…

“Apa yang you suka and tak suka you suruh I ambil kisah…habis yang I suka dan tak suka…” balas dia balik…

“Apa maksud you??”

“You know what I mean it…Kenapa you tak mahu bagi peluang pada I, Ria..just because that guy..You know me better Ria..apa kurang I…”


Aku senyap…tak terkata…dia tuduh aku dengan lelaki lain..Kalau betul dia fikir begitu..baik aku iakan saja..lepas dari Zikri ni…dia nak fikir apa..ikut suka hati..yang penting aku tak mahu dia salah anggap dan mnaruh harapan padaku…


“Zik…you should know well, I just anggap you as a friend…so, tak salah kan I keluar dengan lelaki lain..Perasaan tak boleh dipaksa…I tak mahu you berharap pada I Zik..” jelasku lembut..

“Jadi betullah you ada affair dengan lelaki itu..” balasnya dengan nada yang sedikit kuat…Aku terkejut…

“Kalau betul pun tak salah kan…Zik…” belum sempat aku menyambung, dia memotong..

“Tak guna punya lelaki..I akan ajar dia..and you should be blaim because of this..” jelasnya dan sudah bangun..

“Apa yang you nak buat Zik…jangan buat perkara yang tak elok..” belum sempat aku berkata lebih lanjut dia sudah berlalu…


Apa aku dah buat ni…siapa lelaki yang Zikri maksudkan itu…Tapi tak mungkin Zikri buat benda pelik-pelik..Zikri bukan orang yang jenis panas baran…Tapi..tadi dia nampak marah semacam aje…Setengah jam kemudian..aku ingin mendapatkan teksi untuk ke pejabat semula mengambil kereta dan kembali ke rumah selepas itu..Tiba-tiba telefonku berdering…


“Hello Alia..seronok tak kena ganggu” aku yang ketika itu sedikit moody tersenyum mendengar suaranya yang seakan sedikit merajuk…

“Emm..seronok la aman dunia ni…Kat mana sekarang???”

“Parking office…Baru habis kerja…Alia kat mana??”

“Bus stop..tunggu teksi ke bas…”jawabku..

“You kat mana sebenarnya ni..”

“Baru lepas jumpa kawan..lepas tu kena tinggal kat sini..jadi kena tunggu driver berbayar ambil la…”jawabku sengaja ingin membuat lucu…

“Kat mana…Is pun nak balik ni..I will pick you..Ta…Aduh…apa…” tiba-tiba keadaan senyap tetapi talian belum diputuskan…

“Hello..hello..Is.. apa..apa dah jadi ni..Is jangan gurau macam ni dengan Alia…”

“Bangsat…tak sedar diri…” tiba-tiba aku terdengar suatu suara dan aku teringat kata-kata Zikri tadi…


                             'you should be blaim because of this..'


“Ya Allah..takkan lah” lantas aku kalut…macam mana nak buat ni…nak cari kat mana…ya..parking office..office mana…aku buntu…lantas aku menahan teksi…

“Nak ke mana Cik…”

“Syarikat…syarikat…syarikat milik Tan Sri Azlan..pakcik tahu..”tanyaku…

“Tan Sri Azlan…yang masuk berita malam tadi pasal usahasama dengan syarikat Jepun tu ke…”lantas aku mengiyakan sebab malam tadi Is yang beria-ia menyuruh aku tengok berita sebab ada jejaka handsome yang akan muncul..Rupa-rupanya dia dan bapanya mendapat liputan meluas pasal usahasama itu…


15 minit kemudian…aku sampai di syarikat itu dan bergegas ke tempat parking..Puas aku mencari…dan aku seakan ingin menangis di saat itu…Apa aku dah buat ni…Ya Allah..selamatkanlah Is…semuanya ni kerana aku…kalau aku tak terlepas cakap tak lah jadi macam ni…Keadaan pada waktu tu dah teramat sunyi..Mungkin kerana ramai yang sudah pulang ke rumah selepas waktu pejabat..Sedang aku mencari-cari..aku teringat..mesti telefon dia boleh beroperasi lagi..Lantas aku menekan butang call dan kedengaran bunyi tak jauh dari situ..Aku berlari lagi…dan betapa terkejutnya aku bila terlihat Is sedang bersandar di keretanya dengan luka di muka…dan dia memegang perutnya…


“Ya Allah..Is…Is..Is ok ke…Is” panggilku lagi…air mataku sudah mula mengalir..

“Maafkan Alia…Is…Is sedar tak ni..Alia panggilkan orang ya..

“Alia..jangan..Is ok…”

“Alia hantarkan Is ke hospital ya..nanti Alia telefon kakak dan mama dan papa Is…”

“Alia..tak payah..Is ok…kejap lagi ok la…”

“Alia tak kira…”lantas aku memapahnya dan memasukkan di ke dalam kereta…

“Alia..kita tak payah pergi hospital la…nanti heboh..Is tak mahu orang lain risau…”

“Tapi…Is luka ni…kalau Is tak mahu ke hospital..Alia bawa pergi klinik ya…”


Lantas aku memandu ke klinik yang berdekatan dengan menggunakan keretanya…


“Alia jangan call dan bagitau orang lain ya..”pintanya selepas doktor merawatnya..

“Tapi…Is…”

“Please…”

“Kakak…”

“Pun tak boleh….”

“Habis…Is macam mana..”

“Sikit aja ni…biasalah bagi orang lelaki…”




p/s:
Sorry lambat update kan crta ni...
Tak terkejar waktu..
Jd sy letakkan next yg smpt sy buat..
slmt menghayati e-novel ni!!