Monday, June 28, 2010

Gelora Hati 14



“Adriana…wait..I’m sorry.. I tau gurauan I dah melampau…I’m so sorry..”


Aku tidak menghiraukannya sehingga dia mencapai tanganku yang menyebabkan aku tidak dapat nak meneruskan perjalanan.


“No…not your fault..this is my fault…so..leave me and don’t disturb me anymore..I dah tak tahan you know…tak tahan…please..biarkan I sendiri…”


Melihat reaksiku yang berubah secara drastik dia seakan terkedu…Dan membiarkan aku pergi…aku tahu sekarang, di hatiku sudah terlukis satu nama…dan aku sedaya mampu ingin membendung daripada kelihatan di mata orang lain..Entah bila nama ini terukir..yang terasa kini..hanya kesakitan yang hanya kubendung..Akhirnya aku menangis..Kenapa dia…kenapa..Aku mendapatkan keretaku dan memandu tanpa arah tujuan…


Manakala Is pula terkaku di situ..ini mesti salah aku…Kenapalah aku terhegeh sangat kat dia…dia…bakal adik ipar aku…Takkan dia nak layan aku lebih-lebih..Bodoh betul..bukan aku nak kahwin dengan dia pun..Kalau dengan dia..tak lah dia serba salah..ini kakak dia..Sampai di rumah..Is menyandar di bangku taman di rumahnya..


“Abang Long…” tiada jawapan…


“Along….”sapa Intan sambil mencuit bahu abangnya itu..abangnya itu, makin dekat hari nak kahwin..asyik termenung aje…


“Along ni kenapa?” bila ternampak alongnya sudah membuka mata…


“Kenapa..apa?”jawabnya malas..


“Dari tadi Intan tengok asyik termenung…lepas tu mengeluh…kenapa?? Tunang along buat hal lagi ke??” tanya Intan…dia memang rapat dengan alongnya berbanding dengan angah yang asyik tak lekat di rumah..Mentang-mentang ada apartment kat luar..nak balik ke rumah memang liat..Lainlah alongnya..kalau tak ada apa-apa dia lebih senang duduk kat rumah daripada lepak di apartment..


“Tak…kenapa??”


“Sebab along kalau bukan ada masalah dengan kak Riana apa lagi??” tanyanya..


“Tak ada apa-apa la…”


“Tengok…orang nak tolong bukan dia nak bagi tau..macam lah luak masalah tu kalau along pendam..” jelas Intan tak puas hati..


“Tak ada apa-apa..angah mana?”


“Angah..macam along tak kenal..kalau bukan kat apartment dia..tak ada kerja lain la hujung minggu ni…duk usung makwe dia keliling pinggang tu la…”


Tergelak Is tiba-tiba..


“Hah..dah hilang ke masalah…tadi monyok semacam..” perli Intan lagi..


“along tak ada apa-apa la..nampak macam muka ada masalah ke ni??”


“Ia la…muka trouble dah cop kat muka tu…”


“Mengata orang…Intan tak ada kerja ke…duk tanya masalah orang..”


“Tak ada la ni…tu pasal duk kacau along ni..boring la..kat rumah sorang-sorang..mama, dari tadi tak balik-balik..papa..pagi-pagi lagi dah hilang…yang along tiba-tiba muncul ni..mama mana..kan tadi along ke butik pengantin ngan mama..”


“Tadi..lepas tu lesap dengan bakal mentua along la..”


“Habis abang dengan kak Riana ke tadi…ni mesti gaduh ni..”


“Bukan Riana..dengan Adriana…”jawab Is spontan…


“Ialah…kak Riana ke mana..cepat abang balik…”


“Gaduh dengan dia tadi…” sambung Is kerana dia tahu Intan tak tahu sebenarnya Riana tu Alia…


“Em..”jawab Is malas..


“Along ni..asyik gaduh aje…kalau kahwin nanti macam mana pulak..tak ke haru…”


Is senyap..dan Intan pula menanti reaksi abangnya..


“Intan…kalau abang tak jadi kahwin dengan Riana macam mana??” tanya Is tiba-tiba..


“Apa…” tanya Intan sedikit terkejut..


“along cakap kalau aje…kenapa terkejut sangat ni..”


“along jangan buat hal..nanti tau kat mummy..mengamuk mummy…”


“Entah lah Intan…along rasa…along rasa..along suka..”


“Along jatuh cinta pada orang lain ke??”


“Entah…”


“along ni…along main-main ya…Tapi kan along…honestly..along jangan marah kalau Intan cakap ya…”


“Cakaplah…”


“Intan pun tak suka sangat kat Kak Riana..macam..along jangan marah ya…”


“Cakap ajelah…”


“Kak Riana tu..macam sombong sikit..dahlah tu mengada-ngada…lainlah..”


“Lainlah apa…”


“If compare with Kak Riana and Kak Alia..Intan lebih suka Kak Alia walaupun tak kenal sangat..but she is so nice and very kind..Intan sukalah kalau…”


“Kalau along kahwin dengan Alia..”


“Ya..right..but kalau along kahwin dengan Kak alia..memang jauh panggang dari api..”


“Kenapa pulak..”


“Sebab tunang along Kak Riana not Kak Alia…”


Sebenarnya Is terasa terpukul..kenapa dia tidak ditemukan dengan Alia…kalau tidak mesti dia senang dan menghitung detik-detik untuk disatukan…Sekarang..Riana sudah semakin jauh dalam impiannya…tetapi Adriana…Macam mana ni…haruskah aku redha dengan takdir..mungkin jodohku telah ditetapkan dengan Riana bukan Adriana…………Adriana Nathalia..kenapa bayanganmu sering hadir dalam mimpiku tidak kira siang dan malam……..