Wednesday, May 25, 2011

Gelora Hati 21

Beratnya permintaan mama..Aku semakin takut dengan diriku…Aku tak sampai hati nak menghampakan mama..tetapi..jika aku di sini..aku takut aku tak dapat kawal perasaan..Nanti semua perkara kucar-kacir..Lepas dari masalah Is..si Yo pula yang buat hal..tambah dengan Auntie Mar lagi..aku lagi takut..kalau aku duduk kat sini lagi la senang dia nak satukan aku dengan anaknya tu..lainlah kalau aku pergi jauh..mesti tak ada can ni…Ah..aku mesti nekad…Maaf mama.. demi kebaikan semua..Alia rasa baik Alia pergi buat sementara ini..Bukan untuk mengelak selamanya.. tetapi hanya untuk bermain dengan waktu..yang pasti nanti..aku akan hadapi kenyataan dengan hati yang terbuka dan kalau boleh aku nak mengelak dari terlibat dengan keluarga itu..cukuplah Riana seorang…



Nasib aku amat baik kerana permohonanku untuk melanjutkan pelajaran sudah kuterima..lagi 1 bulan aku akan terbang balik ke sana…Sementara itu…bolehlah aku siapkan diri dan boleh menolong mama menyediakan majlis Riana..Kalau dulu..hanya kakak dan mama yang menguruskannya..tetapi sekarang aku sudah ikut serta..Malah kakak pula yang sering hilang dan sibuk dengan modelingnya..sikit-sikit..itu merisaukan mama..Akulah sekarang yang membuat pilihan bagi pihak kakak..padahal citarasa kami lain..tetapi mama suruh aku yang pilih…Aku rasa macam tertukar sahaja..siapa yang nak kahwin ni…Nasib aku hari tu makin malang bila mama menyuruh aku ke rumah Datin Mar kerana tertukar lapik hantaran..Mama ni..macam sengaja aje suruh aku ke rumah tu..Eee..sakit hati betul..Aku bukan apa..takut bertemu dengan orang yang aku nak elak..Hari tu aku berbaju kurung..memang jarang aku berbaju kurung..tetapi memandangkan tadi aku ikut mama menziarahi kawannya yang hendak pergi umrah..terpaksalah aku pakai begitu.. Tiba di sana..Aku melihat kereta Is ada di tempat parking..habis la aku…Bila aku memberi salam..tak ada orang pula menjawabnya…Hati aku terasa lain macam aje..Tiba-tiba sesusuk tubuh muncul di depanku..Aku terkejut dengan perubahannya..Kurus semacam..dan muka sedikit murung..apa dah jadi padanya..


“Hai..Is…Alia datang nak hantar ni..tertukar..” sapaku sopan..


“Hmm..masuklah..mummy dengan papa tak ada..I dengan Intan aje kat rumah ni…” Dia lantas naik ke atas..dan tidak lama kemudian dia turun..


“Actually..I tak tahu mummy letak kat mana benda tu…” jawabnya..


“Tak apalah..Alia datang lagi nanti..”


“You dah tak sudi nak sembang dengan I ke..dah benci sangat dengan I..” tanyanya pilu..


“Alia..Alia tak pernah bencikan Is…Alia Cuma..”


“Takut I bertindak luar kawalan lagi..Don’t worry..I know who I am..I sedar I bukan siapa-siapa pada you..” Aku semakin sedih dengan kata-katanya…


“Alia..Alia..”


“You tak payah kata apa-apa..I know..”jawabnya…Kasihan dia..


“Kenapa..kenapa you kurus semacam ni..you sakit ke..”


“Luaran I..nampak sihat…dalaman tidak siapa yang tahu…”


“Maafkan Alia..Is..Alia..Alia..”


“Don’t worry..I’m..ok..you jangan bimbang..”katanya.mungkin perasan gelodak perasaanku…


Dan aku tidak meneruskan kata-kata lagi bila Intan muncul..malah dia yang menunjukkan pelapik yang ingin kutukar itu..Dan tiba-tiba Intan mengeluh..


“Kenapa Intan..Intan ada masalah ke??”


“Intan kesiankan along sebenarnya..Along lain macam aje perangai sejak kebelakangan ini..Intan tanya..dia tak mahu cakap..akak tahu apa-apa ke??”


“kenapa Intan cakap macam tu..apa yang akak tahu..”


“Intan takut..takut kak Riana buat hal lagi..sekarang..bila Intan tanya pasal kak Riana ..along nak tak nak aje jawab..tanya ada masalah ke? Dia kata tak ada..tapi dia asyik termenung aje..”


Aku melangkah ke rumah dengan langkah yang berat..Is..Alia tahu..Is begitu mungkin disebabkan Alia..maafkan Alia..Alia memang tak berdaya nak tolong Is kerana Alia sendiri merasa kepahitan yang Is alami…aku tidak menjumpainya sehingga hari perkahwinan dilangsungkan….


Entah apa takdir yang tersurat untuk kali ini…yang nyata pada hari perkahwinan itu, telah melakarkan satu perkara yang betul-betul merubah kehidupan insan yang bernama Adriana Nathalia Amiruddin……………………..

Wednesday, March 2, 2011

Gelora Hati 20

Sehingga hari ini aku terfikir-fikir…Kejamkah aku pada orang yang menyayangiku kerana rahsia yang aku pendamkan ini..Tapi, aku lakukan semua ini demi dua buah keluarga walaupun hatiku perit menahan perasaan..Dan sekali lagi terluka kerana kehadiran bunga ros merah pada pagi ini..



‘I did’t want to make you suffer anymore..


I know..you love me but…


So..as time goes on..I will try to forget you..


But..you must remember that..


I always love you..


Take care my love..


-Riq-


Adakah itu pesanan terakhirnya..Aku mengeluh akhirnya..tetapi sekurang-kurangnya dia mengerti bahawa antara mereka adalah terlalu mustahil..


Sebulan berlalu..dan hidupku aman tanpa gangguan Is..tetapi masalah lain pula yang timbul adik Is pula yang membuat hal..Keadaan ini menyebabkan aku rungsing sedikit..Aku tak mahu ada hubungan apa-apa dengan lelaki itu..Sampai hari ini..tidak henti-henti Yo menghubungiku untuk keluar bersama..lunch la..dinner la..tapi aku tolak dengan baik..dia pula tak memaksa..tetapi sampai bila aku boleh mengelak..Mula-mula tu setakat berkata hai..bubai..entah dari mana dia dapat nombor aku pun ..aku tak tahu..Sampai hari itu..kalau tak silap aku dah lebih sepuluh kali dia telefon.Untuk tak menghampakan dia..aku menerima..setakat lunch tu..bolehlah..kataku..


“At last, dapat juga I keluar dengan you..punyalah susah..kalahkan PM..”


“Yalah..anak PM kan..mestilah setanding dengan ayahnya..”kataku spontan dan dia ketawa..


“You ni kan …lawak betul..patut la you rapat dengan my sister..satu kepala rupanya…”


“Baru tahu ke??” tanyaku selamba..Aku malas sebenarnya nak melayan mamat yang satu ni..bukan apa..sekali pandang memang mirip dengan abangnya…Ishk..gila betul..


“Kita makan kat mana ni?” tanyanya..


“Ikutlah..you nak belanja kan…so..I ikut ajelah..”


“kalau macam tu..makan kat rumah I nak..”tanyanya..Rumah mana ni..he..dua beradik ni perangai tak berkenan langsung..


“Rumah you..ada orang masak ke??wife you masak??” tanyaku sambil kerut kening..


“Tengok you ni..lawak betul la..patut la mummy I suka sangat kat you…Makan kat rumah mummy I la..mummy tu nak tengok sangat gadis yang akan I bawa balik ke rumah..”


“Wait..wait..you ni kan..I nak masuk pejabat balik lepas ni tau..nanti waktu kerja ke mana waktu makan ke mana?”


“Ok..lupa pula..lain kali I ajak you dinner la..tapi kita berdua aje..baru romantik…” aduh..aku rasa kepalaku dihempap batu rasanya..ni dah lebih ni..orang bagi betis nak paha pula..dulu abangnya yang buat onar..ini adiknya..Tapi betulkah keluarga Is nak jodohkan aku dengan…Ee…apa nak jadi ni..aku kena bertindak pantas ni…


Entah apa nasib malang hari itu..terserempak pula di Hotel yang sama kakak dan Is makan…Yo pula dengan selambanya menarik tanganku menuju meja abangnya…Jelingan tajam Is hadiahkan padaku…Eii..niaya betul..Lepas tu baru aku sedar..aku patut mematuhi janjiku padanya dahulu.. mencegah menjadi ahli dalam keluarganya..Nanti dia buat hal lagi baru aku tahu..


Selepas pertemuan itu..aku bersyukur kerana Is tidak buat perangai..kerana aku tertekan dengan perangai Yo yang asyik mengejar aku..aku pulang ke Johor..


Waktu itu Cuma ada umi dan abah..Aku menghabiskan hujung minggu itu di sana..dan sebelum aku pulang ke KL, aku singgah di UTM..sekadar untuk bertemu Rissa…Bila terlihat aku dia menjerit kegembiraan..


“Akak ni..datang Johor bukan nak cakap kat Rissa..kalau Rissa tahu..Rissa pun balik hujung minggu tu..akak ni kan..”


“Alah..buruk la adik akak merajuk..Akak saje je..release tention..kat KL tu dah tak aman dah bagi akak..”


“Kenapa..pasal mamat ari tu ke..akak ni Rissa nak tolong akak tak kasi tengok apa dah jadi..”


“Yang ari tu dah settle..timbul lagi sorang..pening akak..selalu nak cari akak..akak pun lari la..”gelakku..


“Akak ni..ramai betul peminat..tu lah ..susah orang cantik ni..tengok Rissa..mana adanye..”


“eleh..mana ade..tu si Faiq tu nak letak kat mana??” tanyaku..


“He..Faiq je..akak..berduyun..”






Selepas berjumpa dengan Rissa, aku meneruskan perjalanan ke KL..Sedang aku memandu..tiba-tiba handphoneku berbunyi..ni tak ada lain ni..mesti Rissa..


“Ya…ada apa sayang…” aku menjawab tanpa melihat nombornya..Tiba-tiba aku terdengar suara mengeluh..Alamak siapa pula ni..itulah tabiat aku yang susah nak ubah..Tersalah orang nampaknya…siapa pulak ni..aku sudah bimbang…Mesti si Yo ni..nanti perasan pula mamat ni…Betapa terkejutnya aku bila nama lain yang timbul..Nama yang telah aku hapuskan sebulan lalu..nama yang semakin kuhilangkan dalam diriku..Kenapa dia tiba-tiba …


“Alangkah baik jika you betul-betul sayangkan I Adriana..” Aku hanya menelan air liur…


“Sorry..I tersasul..ingatkan adik I tadi..” jawabku lurus..


“Adik you ke..Yo..” tanyanya pula..Apa kena dia ni…


“You jangan bimbang..I dengan Yo tak ada apa-apa..just friend..”


“Betul ke..I tengok…siap Yo pegang tangan you lagi you kata kawan…” terdengar macam cemburu je..


“Kalau you bimbang..I ada apa-apa dengan Yo..you jangan bimbang..I tak ada perasaan langsung pada adik you tu..”


“Dengan I..” tanyanya lagi..


“You jangan nak mula lagi..you nak I mati ke..baru you senang..” marahku..


“Maaf..maaf..I tahu I tak ada hak nak marah..Sorry again..I just…rindu pada you..Take care…” tiba-tiba dia memutuskan talian..


Tiba-tiba aku menangis..’Maafkan Alia, Riq..antara kita memang tidak dapat bersama’..Aku tersedu-sedan..


Sementara Is pula kemurungan di rumah yang indah dan tenang itu….


“Riq..mummy tengok..makin dekat Riq nak kahwin..Riq makin murung..kenapa??”


“Entah mummy..Riq rasa tak sedia lagi nak kahwin..” jawab Riq lemah..


“Riq..mummy dan papa dah tua..Riq pun dah 28 tahun..bila lagi nak kahwin..tak kesian kat mummy ke??Mummy dah lama nak bermenantu..ada cucu macam kawan mummy yang lain…” jelas mummy..


“Tapi mummy..”


“Riq..tinggal lebih kurang sebulan dah lagi..kad pun dah edar..tempat pun dah tempah..Riq jangan buat hal..kalau Riq buat hal..nanti mummy mati terkejut..Riq tanggunglah..” jawab mummy..


“Mummy ni..ialah..ialah…riq tahu..” lantas Riq mengangkat kaki..


“Nak ke mana tu??” tanya mummy..


“apartment..” anak bujang dia ni..pelik betul kebelakangan ini..selalu sangat lepak di apartment.. Kalau si Yo tu dia tak pelik..sebab..kalau bukan ada hal penting memang anak bujangnya itu tak lekat kat rumah…tapi Riq..memang pelik..ada masalah lagi dengan Riana agaknya..Timbul kurang senang hati pada perangai Riana itu tiba-tiba..Kan bagus dulu aku pinang si Alia..mesti tak ada hal..budaknya baik aje..dengar kata..jauhnya perangai dua beradik itu..banding Datin Mar..


“Yang abang ni..nak ke mana cuti-cuti ni..” tanya Datin Mar…


“Saya janji dengan Datuk Amir nak main golf..”


“ Abang ni pun satu..anak dengan bapak sama aje..Kalau cuti bukannya nak lekat kat rumah..asyik-asyik saya kena tinggal aje..”


“alah Cik Mar oii..macam saya aje …awak pun sama..kalau jumpa kawan-kawan awak tu..bukan awak ingatnya laki awak ni..” balas Tan Sri sambil masuk kereta..


‘EEii..orang tua ni..’


Seperti biasa..bila di apartment Is kembali teringat kenangannya bersama Adriana…


“Adriana..mesti bertuah orang yang jadi husband you kan”


“Ia ke..why..”


“sebab..you isteri yang baik..lemah lembut..pandai masak..kalau orang kahwin dengan you memang perut kenyang la..” Waktu itu Adriana akan tergelak..Merdu sungguh gelaknya..


“Bila masa lah I cakap I pandai masak…you pernah rasa ke..”


“Not yet..tapi you kata you pandai masak…tu yang I nak cuba tu..”


“Kalau I dapat suami macam you mesti I menyesal..”balas Adriana pula..


“Why??” tanya sedikit marah..


“Sebab..you asyik-asyik melenting..tengok dah melenting ni..jadi I nak masak pun tak ada mood..” kali itu dia pula yang terkena…


Waktu itu perhubungan mereka sungguh mesra..bagai sepasang kekasih..tapi sayang..Adriana mengalah sebelum berjuang..Kalau ikutkan hati..ingin saje dia bawa lari..dan kahwin dengan Adriana…tetapi..itu hanya angan-angan dan dia terpaksa menerima kenyataan pahit ini…


Di rumah pula..waktu itu..Alia baru sahaja sampai di halaman rumah..dan terlihat Datin Mar bersama mama dan sedang berbual mesra…Lalu dimaniskan muka dan dihayunkan kaki ke sana..


“Dah sampai dah anak mama..seronok..pergi Johor..” sapa mama..tiada lagi riak marah jika aku ke Johor..


“Mestilah mama..Auntie sihat…”sapaku sambil menghulurkan tangan..Sejuk hati dati Mar dan mama memandang…


“Alia masuk dulu ya…” pintaku..


Bagus betul didikan si Alia ni..tetapi kenapa Riana tak macam Alia ni…Kalau Riana.. disapanya..’hai auntie..’ itulah Riana tiap kali berjumpa dengannya…tidak pula bersalam…


“bagusnya anak you ni..”


“Kenapa Mar…”


“Ialah..disalamnya saya..”


“Ooo..Alia memang macam tu Mar…Mungkin terdidik begitu waktu dia tinggal dengan neneknya..Sebab tu jauh bezanya dengan Riana..”


“Ye ke…” Dati Mar malas nak bertanya lanjut..takut terkesan oleh Datin Kay…


“saya berkenan sungguh la dengan Alia tu Kay..kalau boleh…bolehlah dijodohkan dengan Yo ye..”


Datin Kay ketawa…


“Emm..Mar..You bukan tak tahu Alia tu..dia nak belajar lagi..katanya muda lagi dia nak kahwin.. dia kata biar lepas kakaknya dulu..”


“ialah Kay..I ni..nak sangat bermenantu agaknya..” dan ketawa mereka bergema..


Selepas Datin Mar balik..mama mendapatkan Alia…


“adik tidur ke..”sapa mama bila dia duduk dia atas katil..Mama membelai rambut Alia…jarang sekali dia berbuat begitu pada anak ini…


“Taklah mama..saje..rehat..letih la drive.”


“Kalau tak mahu drive..naik flight..kan senang..”


“Flight mahal la mama..”


“Claim la dengan papa..” dan aku tergelak…


“Auntie dah balik ke mama..”


“em..dah..dia tanyakan adik tadi..” jawab mama..


“Ia…”


“Dia puji adik tadi..”


“Ya ke..” tanyaku sambil memejam mata..


“Dia nak jodohkan adik dengan anaknya..”Lantas mataku terbuka dan merenung mama..Aku sudah bangun..


“Apa ma..”


“Dia berkenan betul dengan adik..dia nak satukan adik dengan Yo..”


“Apa ma..adik..”


“Panik ke..jangan risau..mama tahu adik nak study lagi kan..takkan mama tak tahu..”


‘huih..lega..itu yang mama tahu..yang mama tak tahu lagi berat..’ kataku dalam hati..


“Mama ni..takutkan adik aje..ingat mama setuju tadi..”


“Takkan la mama nak memandai-mandai..mama akan tanya adik dulu..” aku sudah membaringkan kepalaku di riba mama…


“Adik..adik nak study kat UK ke..kenapa minta jauh sangat..minta dekat-dekat sini ajelah..” pinta mama..


“Alah ma..kejap aje..dulu empat tahun..ni..mungkin 2 tahun je ma..”


“Adik..tak kesian kat mama ke..kakak dah nak kahwin..adik pula nak pergi jauh..papa tu selalu aje tak ada kat rumah..”


“Adik..”


“Adik fikir la baik-baik..mama tak akan paksa kalau adik tak mahu..” sayu hatiku mendengar permintaan mama..


Thursday, February 24, 2011

Gelora Hati 19

“Apa you buat ni Is..”tanyaku perlahan tetapi dengan nada yang tegas…Dia tidak menjawab..tetapi aku tahu dia pun seakan membendung perasaan amarahnya…aku fikir sekali memang aku cari nahas..Ya Allah..bantulah hambamu ini…doaku di dalam hati…



“I nak keluar..tepilah sikit…” pintaku..


“Kalau you berani..you keluarlah..nanti I cakap terus-terang..I tak nak kahwin dengan Riana but I nak kahwin dengan you…” ugutnya..


“You ni kenapa??I pernah cakap nak kahwin dengan you ke..”


“You tak cakap..tapi I yang nak kahwin dengan you..” Aku terasa kepala aku ni nak pecah tiba-tiba..Jawabnya macam budak-budak..mana la lelaki yang aku jumpa sebelum ini…


“You ni kan..dah gila ke..”marahku dengan nada perlahan..sudah tak tahan bercakap dengan bahasa yang lembut..Nilah..orang cakap beralas-alas tak nak dengar..


“Ya..memang I dah gila..gilakan you..I tak boleh tak tengok you..I lagi tak boleh terima kalau mummy nak jodohkan you dengan my own brother..” Ooo..jadi betullah sangkaanku..memang keluarga Is cuba satukan aku dengan adiknya pula..adik sama adik..kakak pula dengan abang..adoi..takde orang lain ke…


“You siapa nak aturkan hidup I..you tak perlu risau..I takkan ada kena mengena dengan keluarga you..only you and my sister connected to each other..I tak nak campur…” balasku perlahan..


“Itu kata you…habis I macam mana??” aku makin tertekan..


“Macam mana apa..mana la I tahu..hidup you..you uruslah sendiri..mana I tahu..dan jangan ganggu I..antara kita tak pernah ada apa-apa dan tak mungkin ada apa-apa.. you kena terima itu..” jelasku..


“I tak boleh..sebab hati I..you dah curi..di dada I dah terukir nama you..Adriana Nathalia Amiruddin…” jelasnya sambil tangannya berada di dada…


“You..you mana boleh buat macam tu..you yang jatuh hati dengan I, kenapa I yang kena terbabit sama..bukan I paksa you suka I pun..”


“Sebab..sebahagian dari diri I..dah ada pada you…”


“You..jangan nak mengarut..I nak keluar..”bila aku hendak ke pintu dia menghalang dengan badannya..


“you tak takut ke..kalau terserempak dengan orang lain kat luar..”Dia merenungku sinis…Memang aku tidak dapat keluar kecuali di tidak menghalang..Aku takut sebenarnya..terserempak dengan penghuni rumah ni…bilik siapa ni..takkan la bilik…


“You takut kan…kalau you nak cepat-cepat keluar dari bilik I dan supaya orang lain tak tahu..baik you terus terang dengan I..” pintanya..Aku dah agak mesti bilik dia..kalau apa-apa yang jadi..mesti aku yang kena nanti…Macam mana ni..


“Is…tolong..you tak boleh buat macam ni pada I…yang kat luar tu..tunang you…your parents..my parents..you nak mereka semua bunuh I ke..kalau you fikir demi kebaikan semua orang..baik you terima takdir..” kataku dengan gaya memujuk berharap dia memahami niatku..


“Nak jaga hati semua orang..habis hati I..you pulak macam mana..” tanyanya pula sambil merenung mataku…Aku sebenarnya tak boleh merenungnya..lemah semangatku..aku tahu dan fahami gelodak perasaannya kerana aku juga pernah merasainya waktu dulu dan ketika ini perasaan itu datang kembali…


“Is…” belum sempat aku menjawab..


“I just want to know the truth..Adriana..” pintanya..


“The truth..apa lagi yang tak benarnya..you..tunang kakak I..I pula bakal adik ipar you..dan kalau you tak mahu I ada kena mengena dengan keluarga you..Ok..I akan cuba elak selagi I mampu..” jelasku..


“I tahu ada sesuatu yang you rahsiakan pada I..dan I tahu I tak bertepuk sebelah tangan…” Dup..bagai mahu luruh jantungku…dia tahu ke bahawa aku..takkanlah..mana pernah aku cakap apa-apa pada dia..


Melihat aku tidak menjawab..dia memegang bahuku..Aku terasa seram sejuk tubuhku..Apa dia nak buat ni…dia memaksa aku memandangnya dan bila aku ingin lari dengan memegang tanganku erat…


“I hanya akan lepaskan you dan pastikan hal ini orang lain tak tahu hanya bila you berterus terang dengan I..” jelasnya…dia mengugut aku ke..


“apa yang you nak lagi..you pun nak buat I gila sama macam you ke..”marahku..


“Ya..sebab I tahu apa yang you sembunyikan..” katanya bila aku sudah mengadap ke arah lain..Pandailah dia nak meneka..


“So..apa I sembunyikan pada you..” tanyaku tanpa sedar soalan itu akan menjerat aku..


“You nak nafikan yang you pun sudah jatuh hati pada I kan…” Jantungku berdebar kencang tiba-tiba..Aku mengetap bibir…


“Hah..you jangan nak perasan..bila masa pula I jatuh hati pada you..” aku menyabarkan hati dan pura-pura aku tak ada perasaan..


“Maaf..memang I perasan..sebab apa yang you alami sama macam I alami..”


“Stop..please stop it..you buat I sakit kepala..I nak keluar la…” pintaku..


Dia tak ambil pusing…


“I akan kurung you sampai you berterus-terang..” jawabnya dengan tegas kali ini..tanpa kompromi lagi..Aku sudah tak tahu nak buat apa..Entah kenapa aku terasa birai mataku sudah berair…Aku tak nampak jalan mana lagi aku nak ambil..dia nekad memaksaku..Melihat aku yang senyap..dia memusingkan badanku supaya bersemuka dengan dia..Dan dia terkejut bila aku menyapu air mata…


“I’m sorry..I bukan nak buat you menangis..I just want to…shit..dam…”dia marah..entah marahkan siapa..dan entah kenapa dinding menjadi mangsanya..terlihat..kesan darah di dinding…


“If you want to know the truth..Alia akan cakap..ya memang Alia sayangkan Is…tapi Alia takkan sesekali merampas tunang orang..tambahan pula tunang kakak Alia sendiri…kalau Is nak tahu lagi Alia buat keputusan nak sambung belajar pun sebab Is sebab Alia rasa macam nak gila bila Is terkejar-kejar mencari Alia.kalau boleh Alia nak lari sejauh mungkin…ya..all of that because of you..Is puas hati sekarang…sekarang jangan salahkan Alia pula bila Alia dah beritahu hal sebenar..Alia harap lepas ni..all finish…kalau Is buat perkara yang akan menjejaskan kakak Alia dan keluarga Alia..you will never see me anymore..Puas hati Is sekarang…” jelasku panjang lebar..


Sementara itu..Is pula yang terkontang-kanting di situ..Harapan dia..bila tahu perasaan Alia..dia boleh buat keputusan tetapi makin payah..Sedang dia baru ingin bertanya kebenarannya lagi..Alia sudah tidak kelihatan…Bila masa dia keluar…Tanpa membasuh luka di tang di terkejar-kejar keluar mencari Alia..tetapi tidak ada..


Sementara di bilik Intan..Intan masih lagi bergayut..Alia mendudukkan dirinya di atas kerusi dan menangis..kepalanya terasa pusing semacam..dan semakin berat…


“akak..akak kenapa ni..” sapa Intan bila Alia tidak menjawab panggilannya..


“Intan ada panadol tak Intan..kepala akak rasa berat semacam aje..macam nak pecah ni..” aku masih menunduk…tidak mahu Intan mengesan aku menangis atas sebab lain..


Tidak lama selepas itu Intan datang..aku mencapai panadol dan gelas yang dibawa Intan.tapi entah kenapa..ia terlepas dan aku terasa gelap..


“Mummy..mummy..papa…” Intan termengah-mengah..


“Tolong-tolong..”


“Kenapa ni Intan..apahal ni terpekit-pekit..” tanya mummy..


“Kak Alia..Kak Alia pengsan..tadi dia kata sakit kepala…tiba-tiba..”


“Ya Allah..” semua menuju ke bilik Intan dan terkejut melihat Alia yang terkulai di lantai…


Cepat-cepat panggilkan doctor…celah Tan Sri…Sementara mama dan papa mendapatkan Alia…


“Ya Allah..bang panasnya…Alia kena demam panas ke…” tanya mama…


“Alia..Alia..jangan takutkan mama..Alia..” mama sudah menangis sementara Riana tercengang..apa dah jadi pada adiknya yang selalu sihat itu…Sementara Is pula dengan perasaan serba salahnya..


Wednesday, February 23, 2011

Gelora Hati 18

Papa seakan tidak bersetuju setelah aku menerangkan niatku ingin sambung belajar..Mama pun terkejut..Yang nyata..aku dapat melihat kekecewaan di muka kedua-duanya..Entah kenapa aku terasa kasihan pada mereka..perbualan yang gembira mulanya selepas itu hambar selepas aku membuka mulut..aku tahu, sejak kebelakangan ini mama mula memberi perhatian kepadaku..Aku tidak tahu kenapa..mungkin terasa kehilangan bila kakak sering tiada di rumah dan diisi oleh telatahku yang suka mengikut kata dan sering membuat lawak spontan..Mungkin terpengaruh dengan tingkah laku Ariff dan Arissa..Kerana melihat peubahan yang mendadak itu aku buat-buat lawak..


“Adik just nak isi je..tak tahu dapat ke tak..boleh ya papa..mama..”pintaku meraih simpati..

Dengan berat hati papa menjawab…

“Adik boleh apply tapi pergi tak pergi nanti..kita bincang kemudian..” Aku melompat kegirangan..dan lantas aku mencium papa dan mama dan tidak perasaan kesedihan yang melanda di wajah kedua-dua itu…Waktu itu aku tidak sedar..sudah lama aku tidak segirang itu…

“Thanks papa..mama…I love you” dan aku berlari meninggalkan mereka untuk menuju ke bilik untuk bercerita kepada Ayu..

Di ruang tamu..papa dan mama merenung satu sama lain..

“Entah kenapa bang..Kay dapat rasa..adik macam tak suka tinggal kat sini..Kalau ada apa-apa..mesti Su dan Usu yang tahu dulu…dia macam dah anggap mereka ibubapa dia…” keluh Kay..

“Abang pun rasa macam tu..abang sedar..adik macam tak gembira..hatinya selalu di sana..kadang-kadang abang rasa bersalah sebab hantar adik balik kampung dulu..mungkin dia terasa hati dengan kita Kay..”

“Kay pun rasa macam tu bang..mungkin silap Kay juga bang..selalu menangkan kakak..sampai adik makan hati..”

“Itulah abang tak sampai hati nak sekat permintaan dia Kay..dia terlalu baik..kalau abang kata tak payah apply mesti dia ikut..tapi abang tak sampai hati..asalkan di bahagia..”

“Entahlah bang..Kay rasa bersalah..tapi Kay tak tahu nak buat macam mana..adik pun sentiasa kekok dengan kita..tambah-tambah kakak selalu aje nak cari silap adik..”

“Tulah..awak jangan manjakan kakak sangat..tengok..ni lesap entah ke mana… “

“Kay tahu bang..tapi Kay dah terbiasa macam tu..kadang-kadang tindakan Kay di luar sedar..” balas mama…

Di bilik..Alia bergayut dengan Ayu dengan hati yang senang…Masalah hampir selesai..yahoo..aman hidup aku…mungkin jodoh aku dengan mat saleh agaknya…Ni tak lama lagi kalau ada rezeki..terbang lah aku ke sana…Angan-angan Alia…Sebenarnya dia juga sedih kerana berkorban lagi…Tak apa..asalkan semua orang bahagia…’Apa yang dikejar kebahagian sendiri sedangkan orang lain menderita..’pujuk hatiku sendiri…Aku baru habis bergayut dan nada dering berbunyi lagi…Melihat nama orang itu..aku biarkan..Lebih baik begini daripada menderita mendengar namanya…Mengingatkan nama itu..teringat kembali tentang mama mahu ke rumah Tan Sri Azlan..buat apa la aku pun kena pergi..kalau kakak betullah..Ni aku pun diajaknya..Kalau aku tak ada krisis dengan Is tak apa..Ni..nanti dari rahsia yang aku simpan rapi ni..nanti ada orang syak pula…He…mesti ada aje yang mengganggu..Nak buat macam mana ya..nak pura-pura sakit..aku mana pandai berlakon..lainlah kakak..dah jadi model..Sebenarnya puas dah aku memberi alasan tadi..tapi habis kena hentam dengan mama dan papa..Katanya aku ni..melepak kat rumah aje tahu..Aku bukan apa..mana aku pernah mengikut papa dan mama pergi mana-mana function ke makan malam…ada pun sebab makan-makan keluarga..Kalau tak aku lebih suka duduk di rumah..Papa pula kata aku kena biasakan diri..aku akan jadi orang korporat kenalah pandai bergaul..Itulah benda yang aku tak gemar..Masing-masing hanyut dalam dunia yang tak kenal dengan gaya elegen..Kalahkan orang barat…Petang itu kakak pulang dengan senyuman manis..Mungkin sebab dinner malam nanti…kalau tidak..belum pukul 12 jangan harap nampak batang hidung…

“Mama..tak boleh ke Alia tak mahu pergi..tak selesa la ma..mana Alia kenal sangat dengan keluarga Tan Sri Azlan tu..nanti kat sana bukan mama dan papa layan Alia pun..mesti cakap-cakap dengan mereka…tak nak la Alia..”rayuku..

“Adik..kan mereka akan jadi keluarga kita juga nanti..”

“Iya..tapi mama, papa dan kakak pergi dah cukup kan..Adik malas la nak pakai lawa-lawa malam-malam..nak mekap lagi ..kena pakai heel..leceh ma..”

“Adik..kenapa banyak alasan sangat ni..mama tahu mama tak layan adik macam layan kakak..jadi adik nak jauhkan diri kan…” Aku terkejut..kalau dulu..itulah aku nak buat dan perasaanku tetapi sekarang dan lain..Ini semua sebab Is..aku takut nanti pecah rahsiaku..

“Kenapa mama cakap macam tu…” tanyaku..aku sangka mama tak sedar..tetapi nyata bukan..

“Mama tahu adik..tapi mama sayangkan adik..jadi sekarang, mama tak mahu adik asingkan diri lagi..”aku seakan ingin menangis…Inilah mamaku…dengan serta merta aku bersetuju…

“That’s my baby princess…” kata mama sambil memelukku..

“Now..go..make yourself prepare darling..” arah mama..

“Ok mama…” Aku melangkah menaiki tangga dan tiba-tiba aku teringat masalahku…Takkan dia nak buat hal dengan parent dia kot..lagipun kakak ada..Apa susah..buat macam biasa dan anggap tak ada apa berlaku kan senang..Aku lantas memilih skirt labuh dan blaus dan diletakkan di atas katil..Aku baru melangkah keluar dari bilik air dengan kain tuala paras dada ke lutut ketika mama masuk..

“La..kenapa tak siap lagi ni sayang..nanti lewat pula”

“Kan pukul 9.00 malam ma..awal lagi..baru pukul 7.30 ni..”

“Adik..bukan tak tahu papa kamu tu..dia selalu kita siap cepat..katanya orang perempuan ni bersiap mengalahkan orang kahwin..cepat sikit..”

“Ok..” mama tak jadi keluar selepas melihat baju di atas katilku..

“Adik..kenapa tak pakai dress aje…Kan mama ada banyak belikan untuk adik..” tanya mama…Sebenarnya..aku bukan tak mahu pakai..dress tu kebanyakan bukan taste aku..seksi habis…kebanyakan baju itu jadi koleksi almari aje..

“Malas la ma..dinner je kan..ni pun dah ok kan..” tanyaku sambil mengangkat skirt di atas katil..

“Pakai la dress..kan cantik anak mama nanti..” pujuk mama..

“Mama suruh kakak ajelah..Alia malas la ma..kalau ikut hati..pakai jeans lagi best..” cakapku sambil ketawa..

“Adik ni..” tanpa apa-apa mama meluru ke almariku..Sambil memilih dress..

“Pakai ni..lawa sikit..”

“Alah ma..seksi..nanti nak makan pun adik tak selesa..boleh la ma pakai macam ni..”rayuku..

“Nah..yang ni ok…” capai mama..Itu adalah baju yang aku suka..tapi tak pernah pakai..sebab tak tahu nak pakai pergi mana..takkan nak pakai dalam rumah…Warna biru lembut melepasi lutut dan kelihatan longgar…

“Ma…”belum sempat aku beralasan mama dan memotong..

“Adik..” tegas mama..

“Ok..adik pakai..susah betul bonda ni..”sakatku..

“Ialah..sebab tuan puterinya buat hal…” balas mama..

Aku mengenakan baju itu..

“Kan cantik macam ni…mari sini mama solekkan…” Apa..kataku dalam hati..aku sebenarnya malas nak mekap..Memang jarang aku mekap..kecuali ada majlis..

“Ma..tak payah la..malam-malam ni..mana ada orang nak tengoknya…mama mekapkan kakak la..” bantahku..

“Kakak kamu..mama tak suruh pun dia mekap..duduk..biar mama mekapkan..”

“Ma..tak mahu la ma..nanti jadi muka opera cina nanti…adik mekap sendiri…” belaku..

“Ok..do it fast..or mama yang akan operakan muka adik…” aku duduk sambil mekap nipis..ada-ada aje mama..nak tergelak aku..ingat aku nak pergi buat iklan agaknya..Kalau ikut aku..aku tempek bedak ajelah malam-malam ni…

“Ok..dah…” cakapku..sambil bangun..

“Duduk dulu..biar mama dandankan rambut adik…” dan serta merta mama menyikat rambutku..seingat aku sudah lama mama tak membelai rambutku..aku gembira dan tanpa sedar..rambutku yang lurus seakan ikal mayang..dan aku sedikit terkejut melihat mukaku..

“Thanks ma..” sambil aku memeluk mama..

“Mama yang patut ucap thanks pada adik sebab adik tak pernah kisah mama tak hiraukan adik..mama janji..mama akan layan adik sama dengan kakak..”

“Mama ni..kenapa cakap macam tu..adik tak apa-apa la ma..”

“Thanks adik..mama sayang adik..”

“Adik pun sayang mama..love you..”aku cium mama…betapa sedihnya aku ketika itu..

“Adik nampak macam baby doll tau kalau pakai macam ni..” puji mama..

“Kalau baby doll mama…taklah besar macam ni…” kataku..

“Ini baby doll mama…”kata mama..

“Ni pula mama baby doll” dan ketawa kami bersatu…

Kami turun beriringan..Dan papa tersenyum…

“Ni..adik ke kakak…”tanya papa..

“Guess who”tanyaku..

“Kalau perangai macam ni…adik la…” ketawa papa dengan jawapanku..

“Alah papa ni…tak kasi peluang langsung adik nak menyamar…”

“Actually papa dah confuse..tapi dengar suara terus papa tahu…nampak macam anak patung aje anak papa ni..”

“Sebab…mama anak patung yang buat macam ni..”jelasku..Mama dan papa ketawa dengan gelagatku..mungkin gembira dengan perubahanku..atau perubahan layanan mereka terhadapku..yang nyata..aku amat gembira…

“Mana puteri yang seorang lagi mamanya…”

“Puteri tu kan watak utama..jadi kena mekap lama-lama..” Sedang kami tertunggu-tunggu…kakak berlari mendapatkan kami..

“Jom..kakak dah siap ni…”dan aku tahu kakak menjelingku..Dalam hati aku mengucap panjang..adui..baju mengalahkan bintang filem..dengan warna yang berkilat..warna merah menyala..tapi yang membuatkan aku menggeleng tanpa sedar adalah kerana baju itu mendedahkan bahagian yang tak sepatutnya dan hanya separas paha…Aku yang tengok pun berdebar semacam..itu bukan lagi lelaki..Mekap usah di kata…Nasib baik..aku hanya menyatakan dalam hati..Papa memandu ke sana…Memang betul pun kata mama..sedar tak sedar dah hampir pukul Sembilan dah…Sesampai di sana..keadaan terang benderang..Rumah pula amat besar..dengan dekorasi dan binaan yang unik…aku kagum..Papa memarking kereta di bahagian luar rumah…Kelihatan mama dan papa Is tersenyum menyambut kedatangan kami… Selepas bersapa..tiba giliran aku pula menyalami mereka selepas kakak mendahuluiku…

“Alia pun datang…baguslah..senang-senang selalu lah datang dengan Riana ke sini..” hampir tergelak aku…Nak suruh aku datang sini…Ni pun puas kena paksa..kalau takk..haram..dengan kakak..lagi ajaib..tambah masalah aku dengan Is…lagi aku fikir berpuluh kali..Aku hanya memaniskan mulut..

“Sihat auntie..uncle…”tanyaku..

“Alhamdulillah…masuk-masuk..Intan dengan Is pun ada…Cuma Idham aje yang tak ada..kejap lagi sampailah..”

“Ooo..anak you yang lagi sorang…I pun tak pernah jumpa dia…”

“Anak I yang tu..tak suka duduk kat rumah…orang muda katakan…”balas Tan Sri..

Bila aku melangkah ke dalam rumah itu terasa nyaman aje..Dan di situ aku terpaku melihat Is merenungku…mula-mula aku tak perasan kerana terlalu asyik melihat keadaan rumah yang terhias kemas…tetapi khayalanku mati kerana renungan Is..Berani betul dia buat begitu depan orang ramai..Dengan kakak pun dia tak menyapa…Aku mengundurkan diri menyembunyi di belakang kakak..Kalau dia buat hal kat sini mati aku…Selepas semua ke ruang tamu aku pun ikut sama dan bila parents rancak bercakap..Is dengan kakak masih kaku..aku pun mati kutu..terkial-kial seorang diri..nasib baik ada Intan yang melayanku..Sedang berbual-bual dan Is dengan kakak pun sudah nampak ok…kami diterjah suatu suara…

“Apa khabar semua..”em..machonya suara..desisku..macam pernah terdengar..lantas aku hanya menanti empunya diri muncul kerana keadaan kerusi menyebabkan aku membelakangi orang itu..

“Em..dah sampai pun anak bertuah mummy ni…”tegur Datin Mar..Dia hanya tersenyum..

“Nilah..bakal besan mummy..dan ni bakal kakak ipar kamu…anak I yang ni..memang liat kalau suruh duduk kat rumah…” Dia tersenyum lagi kerana dikritik ibunya..

“Apa khabar uncle, auntie..kakak..”Dia menyapa dan menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi bila terlihat aku dia mula berpaling kiri dan kanan..nak tergelak aje aku dan Intan disebelahku sudah tergelak-gelak menyebabkan yang lain tergelak sama…

“angah..jangan risau..angah tak mimpi, memang dua orang..”gurau Intan..

“Tulah kamu..nak balik rumah tu memang liat..lepas tu terkial-kial..” memang angah terasa bermimpi..gadis itu..ini memang gadis itu..tapi yang mana satu yang hari tu…yang ini ke yang itu..

“Ni..Riana..bakal kakak ipar kamu..dan ini..Alia, kembar Riana..”jelas mama kerana dapat membaca kebingungan anaknya.

Aku hanya tersenyum bila dia memandangku…Ya..memang yang ini gadis airport hari tu..yahoo..dah jumpa..Sebenarnya sudah banyak kali Yo ke airport semata-mata untuk mencari gadis ini…Tetapi dia menghentikannya kerana sedar gadis itu tunangan abangnya..Tetapi sekarang dia ada peluang..akan direbut peluang ini…Sementara Is pula tak senang duduk bila Yo tidak putus-putus merenung wajah itu..Dia tak sanggup melepaskan Alia pada orang lain..tidak pada adiknya sendiri..tetapi…macam mana dia nak menghalang..Dia tak berdaya..

Di meja makan..semua makan dengan berselera..sehinggalah topic perkahwinan diungkit balik..Memang aku dah jangka ini agenda utamanya dan aku tak sedar…dalam kiasan itu rupanya namaku disabit sama..Sampai aku pula dilaga-lagakan dengan anaknya yang kedua itu..Nak mampus agaknya..kalau itulah niat mereka..memang aku dalam keadaan bahaya..namun papa penyelamat keadaan..

“I nak selesaikan satu-satu Azlan…kakaknya dulu..nak tunggu si adik ni memang tunggu buah yang tak gugur..liat sangat kalau sebut pasal kahwin…ni tak lama lagi katanya nak sambung study balik..” Membuatkan semua mata memandangku…

“Alia nak sambung study lagi…rajin betul..Alia ni sama liat dengan Yo ni..kalau sebut pasal kahwin..puas dia bagi alasan..auntie pun tak tau nak kata apa lagi..Sambung kat mana??”

Bagai terkena renjatan elektrik aku terasa waktu itu..Papa ni pun..nanti plan aku hancur lagi..Mesti si Is ni cari peluang nak jumpa aku lepas ni..Ni satu masalah lagi macam nak timbul..kalau tak silap aku..dia satukan aku dengan anaknya..Simpang jauh harapnya..nak cari nahas…Baik aku kahwin dengan Zik..kalau berdepan dengan mereka ni..

“Adik ni..khayal ke..auntie tanya tu..” sapa mama

“Actually mama..kan belum confirm lagi..mama ni” Mana nak tahu dapatnya..Apply pun belum..baru tadi papa izinkan..Tu pun belum tentu dapat dan belum tentu papa izinkan aku pergi kalau jawapan diterima..Dah kena warning pun…

“Manja betul..anak you ni..Apply kat mana?” kata-kata auntie Mar membuatkan aku terkedu..Manja ke??aku tertanya-tanya sendiri..Aku tahu sejauh mana aku mengelak pun mesti kena jawab juga..

“Ikut plan..Alia nak sambung kat UK..”

“UK..jauh tu..kenapa tak apply kat sini je..tak rindu ke pergi jauh-jauh..”tanya uncle pula..

“Dah biasa kat sana..lagipun kat sana best..” jawabku perlahan..Sebenarnya best sebab dapat lari dari semua masalah..jeritku dalam hati..susah juga aku nak lepaskan diri..banyak soal la pula Tan Sri dengan isterinya ni sehinggalah bab kahwin kakak diungkit semula..baru aku lega…Kali ini aku perasan Is dan kakak pula yang lemas..Aku tak tahu la apa tak kena antara mereka..semacam ada masalah..Ah..yang penting jangan libatkan aku sudah..Selepas makan..Intan mengajak aku ke biliknya..katanya lebih best berborak dari campur pasal urusan kahwin alongnya..Dia kata tak ada mood sebab kasihan kat alongnya..dia kata macam tu..Sejurus lepak di tilam empuk Intan..aku bertanya..

“Kenapa Intan cakap macam tu..Is ada masalah dengan Riana ke??”

“Macam la kak..Bila Intan sebut pasal Kak Riana mesti angin dia berubah…Intan pun ada la gurau dengan along..Senang-senang kahwin dengan Kak Alia ajelah” gurau Intan sambil tergelak dan tak menyedari bahawa itu membawa ketidaksenangan hatiku..

“Intan ni..jangan gurau macam tu la..dengar kat kakak kak Alia..habis Intan..” ugutku..

“Alah akak..maaflah..tapi..Intan sendiri sakit hati kak..Kak Riana buat keputusan ikut suka dia aje..dulu, masa nak tunang..beriya-iya..tetapi bila abang dah ok dia pula buat hal..lepas tu abang pula yang tak ok..dia pula yang beriya-iya..” aku mengerutkan dahi..

Sudah..apa masalah pula..aku betul-betul tak tahu..akhirnya Intan bercerita perihal abangnya yang sudah tawar hati untuk kahwin..dan berura-ura nak batalkan majlis..Semuanya diceritakan dari A hingga Z..dan aku rasa antara penyebabnya adalah aku…Tiba-tiba telefonnya berdering menyebabkan cerita itu tergantung..Asyik betul dia bergayut sehingga aku keluar dari biliknya dia pun tak sedar..Baru aku menutup bilik itu tiba-tiba tanganku ditarik menuju ke sebuah bilik..Aku panic..Is nak buat apa ni..takkan aku nak menjerit..kecoh nanti..aku sudah ketakutan..apa nak jadi ni.. Dia memaksa aku masuk ke bilik itu dan kerana terasa ada orang berada di situ..aku mengikut saje..takut ternampak dek orang lain..

Tuesday, February 1, 2011

Gelora Hati 17

Sementara Is pula semakin tertekan…Apa dah jadi dengan diriku…Ternyata dia bertepuk sebelah tangan..Aku jatuh cinta pada orang yang salah..Air mata lelakinya seakan ingin mangalir mengingati percaturan hidupnya..Kalau tidak mengikut kata mummy supaya bertunang awal dulu..mungkin dia berpeluang untuk memilih sama ada Alia atau Riana..Dia cuba mendail lagi no. Alia.Sekarang disambung ke voice mail..



Alia mengambil serpihan handsetnya yang berkecai..dan dengan tersedu-sedu..dia memasangnya semula..’Maafkan Alia..Is.kita memang tidak ditakdirkan bersama..Kakak..maaf, kebimbangan kakak rupanya berasas…Alia rasa bersalah kakak…’ Untuk mengelak rasa bersalah inilah dia sedaya mungkin mengelak dari meluahkan perasaan yang tersimpan kukuh dihatinya..Kalau Is tahu..memang lagi teruk akan terjadi..Alia membiarkan telefonnya dioffkan sehingga pagi esoknya.. Selepas mengerjakan solat subuh dia onnkan telefon dan terdapat banyak misscalled..dan ternyata dari nombor yang sama.


Sementara Is yang tidak tidur semalam itu mencuba nasib sekali lagi dan terdengar suara orang disana..Bagai digigit semut..Is terbangun…


“Alia..please don’t hang out your phone please..jangan seksa Is begini..”


“Is..Is yang seksa diri Is..kenapa nak kaitkan dengan Alia pula…”


“Sebab..Is cintakan Alia…”


“Is..cintakan seseorang tak semestinya boleh bersama..kadang-kadang cinta perlukan pengorbanan..”


“It means that you also love me..”


“Alia tak cakap pun macam tu..”jelasku kerana aku hampir terperangkap dengan soalannya..


“Alia..jangan seksa Is macam ni..”mendayu aje nadanya..


“Apa yang Alia buat sampai Is terseksa..”


“Alia dera perasaan Is…”


“Perasaan Is aje terdera…perasaan Alia..kakak..family..Is tak kira..”jelasku…


Dia senyap..


“Now..I only know that my feeling is hurt..I don’t know..” sayu suaranya..


“Is..kalau betul Is cintakan Alia…Is terima takdir yang kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama..” jelasku lembut..


“But Alia..Is tak boleh.”


“You boleh sebab..antara you dengan kakak ada ikatan yang lebih kukuh berbanding I dengan you..”


“Alia..”


“Is tak boleh paksa Alia tau..Alia tak pernah sayangkan Is..Alia cuma anggap Is kawan aje..”


“Tipu..I know that something going wrong with you too..”


“What..what you know about me??”


“You nak elak dari I kan..you nak elak daripada berterus terang dengan I..”


“Why..why I nak elak dari you..tell me??”


“You tell me my dear..”balasnya..


“Alia juga cintakan Is kan..” Aku tahu dia ingin mendugaku..


“You jangan nak memandai-mandai cerita yang tak ada…I tell you what..you are just my brother in law..not much…”


“Not yet…and I can make that not happen..” Apa yang dia nak lakukan sebenarnya…


“You nak apa sebenarnya..” tanyaku sedikit berang tetapi aku tahu apa yang dia hendak sebenarnya..


“I nak you bagi peluang pada kita..”


“You jangan cuba bermain api…apa yang you minta itu memang salah…you tu tunang orang…and little bit worst…with my own sister…daripada you suruh pertimbangkan..baik you bunuh I…”


“Alia…”


“You dengar…kalau you telefon semata-mata nak hasut I dan nak suruh keluarga I berpecah belah..baik tak payah..and one more thing..I tak pernah dan tak akan suka pada you…” Aku memutuskan telefon lagi..Aku tahu..aku tidak bercakap benar…Itu lebih baik daripada berterus terang kerana yang nyata jika aku bercakap dengan kebenaran..memang nasib dua buah keluarga akan berkecai..


Entah kenapa kepalaku semakin berat..mungkin aku sudah tidak tertanggung dengan hakikat sekarang…Seorang lelaki..malah bukan seorang meluahkan perasaan padaku tetapi adalah teman lelaki dan tunang kepada Riana….bila nasibku akan berubah…Selepas selesai tugasku di Sarawak hari itu, aku menaiki kapal terbang ke Johor..aku tenang di situ…Memang sejak aku tinggal di kampung..Aku serasi di situ..Kenapa mama dan papa menjemputku…biarlah aku di kampung.. Sedih aku mengingatkan kisah hidupku…Terlebih dahulu aku memberitahu papa…Dan aku gembira bila aku sampai di rumah umi dan abah..Arissa tersenyum dan melompat gembira menyambut kepulanganku..dan dia dengan gembiranya menyatakan Ariff akan pulang esoknya..Gembiranya aku kerana sudah lama tak berkumpul…Petang itu selepas puas bercerita itu ini dengan umi dan abah…Arissa mendapatkan aku..dan aku ketika itu dengan tak sengaja membocorkan rahsiaku gara-gara handphoneku yang berbunyi dan aku tak mengangkatnya…


“Akak..kenapa akak tak angkat…dari tadi telefon tu berdering…Sakit telinga Rissa tau…” keluh Arissa kerana sedikit terganggu dengan ceritanya pasal makwe Ariff..


“Akak malas nak layan la..tak habis-habis nak kacau orang..buat sakitkan hati…”


“Em..kalau cam 2 biar Arissa angkat..” lantas dia merampas telefon di tanganku…


“Siapa Riq ni kak…” Belum sempat dia menjawab..aku merampas balik telefon dan offkannya…


“Shu…”spontan aku meletakkan jari telunjuk di mulut…Arissa pula dah tersenyum-senyum..


“Ooo..pakwe ye..nanti Rissa cakap kat umi ngan abah..habis kakak…” dia sudah bangun…


“Rissa..Rissa…jangan please..mati akak..bukan pakwe akak..kawan je..”


“Habis..kenapa tak nak jawab…akak gaduh dengan dia…baik akak cakap..kalau tak Rissa lapor kat umi dengan abah tau…”


“Rissa…janganlah…akak dah cukup sakit kepala dah ni..jangan Rissa tambahkan sakit kepala akak lagi..”rayuku…Air muka Rissa sudah berubah..mungkin dia sudah masak dengan perangaiku yang selalu lari dari masalah..


“Akak ada masalah apa pula ni…Akak..akak tak boleh macam ni…bila ada masalah akak lari..masalah tak akan selesai…Rissa dah agak..kalau akak balik mengejut tu..mesti ada problem kat KL..kali ni apa pula…akak tak boleh..demi jaga hati orang lain..akak pendamkan aje…” kata-kata itu meresap ke dalam hati..memang benar…semua yang terjadi..aku yang menanggung akibat..tak pernah nak pertahankan apa yang patut aku miliki…Dan rela diri disakiti…


“Akak gaduh dengan Kakak lagi ya..” aku menggeleng seakan budak-budak..Kalau diikutkan kematangan..Arissa lebih matang dariku dari segi percakapan menyebabkan dia lebih tua dari umurnya sebenar..Kata-kata penuh dengan nasihat..Mungkin mewarisi sikap abah…


“Habis..masalah apa lagi..” tanyanya ingin tahu..


“Akak..better akak terus terang…nanti Rissa siasat sendiri..mesti kecoh..akak bukan tak tahu Rissa kan…” Telatah Rissa memang menakutkan kadang-kadang..kalau dia siasat mesti dapat..lebih abik aku cerita nanti tak pasal-pasal kecoh hal aku…


“Ok..akak cerita..but promise..cannot tell anyone else…nanti heboh..makin pening akak…”


“Ok..no problem..Rissa ni kan adik yang baik..” dan aku memang tak ragu-ragu untuk bercerita tetapi aku tidak boleh ceritakan semuanya..nanti habis…rahsia yang aku simpan…


“Actually..baru-baru ni..ada lelaki yang luahkan perasaan pada akak..mula-mula kami just kawan..tetapi..lepas ada sesuatu yang berlaku…dia berterus-terang dengan akak…tapi..” belum sempat aku habiskan dia dah memotong..


“The one on the phone tadi..habis kenapanya…” Ishk..Rissa ni memang..kalau orang cerita ada saje nak dikampuknya….


“Ya..tulah Rissa..akak tak habis cerita lagi..dah memotong..dengarlah..”


“Ok..ok..sorry..Rissa exited ni..punyalah best..” Dia boleh kata best..aku bagai nak sakit ni melayan perasaan…


“Apa yang berlaku sebenarnya…”


“Sebelum dia luahkan perasaan..ada seorang lagi kawan akak luahkan perasaan..tapi akak tolak..lepas akak tolak masa tu lelaki tu pergi serang yang seorang lagi tu sampai kena MC seminggu…”terangku..


“Siapa yang serang siapa…Riq tu yang serang ke..ke Riq tu yang diserang..”tanya Arissa..


“Riq yang diserang….lepas tu sebab rasa bersalah..akak layan la dia dengan baik…”


“so..dia jatuh hati dengan kakak sebab akak jaga dia…” aku tidak menerangkan aku merawat Riq di apartmentnya..kalau Arissa tahu mengucap panjang dia..tambah lagi itu pula tunang kakak…nasib baik dia tak syaki apa-apa…aku mengiyakan kata-kata Arissa..


“So..apa masalahnya..akak tak cintakan dia??” tanya Arissa..


“Masalahnya..dia dah ada tunang..takkan lah akak nak terima….” Balasku perlahan..


“What..akak..baik akak jangan libatkan diri dengan tunang orang..nanti kalau kena serang ke..akak yang parah..bukan Rissa tak tahu akak..kalau kena serang bukan akak nak pertahan..akak mengaku salah ada la..” Aku tersenyum sendiri..itulah hakikat diriku..sedia mengaku kalah..tetapi bila hal kerja..aku akan pertahan habis-habisan..Mungkin sebab dari aku tinggal di kampung aku telah terasuh dengan sikap mengalah…


“Itulah yang akak cuba buat Rissa..but things got worst because dia selalu saja kacau akak..dan sering mencari peluang nak bersemuka dengan akak..akak takut akak kalah dengan pujuk rayu dia…” luahku..


“Don’t tell me akak pun dah jatuh………..” aku hanya dia bila Rissa berkata begitu dan air mukanya berubah…


“Akak..sukakan dia..” tanya Rissa..


“Akak suka pada dia dalam keadaan tak sedar..tiba-tiba..akak tak dapat elak..” jelasku..


“Dia tahu ke..” tanya Rissa..


“Akak rasa dia tak tahu…tapi sekarang dia paksa akak luahkan perasaan akak pula..akak rasa nak lari..akak rasa bersalah sebab rampas tunang orang dan akak rasa bersalah pada keluarga mereka..” luahku..


Rissa menangis..


“Akak..Rissa tak tahu kenapa akak terlalu baik sangat..selalu pentingkan orang lain..Tapi orang lain tak pernah nak hargai pengorbanan yang akak buat..Akak..biar Rissa aje yang jumpa dengan Riq..biar Arissa yang jelaskan…” itulah semangat Rissa..dia selalu ingin membantu dan terlalu berani melakukan sesuatu…memang jauh berbeza dariku…Tapi kalau aku bagi tahu siapa Riq sebenar..memang berkecai rahsiaku…


“Don’t worry…I can still handle it…akak dah fikir cara yang terbaik..” cakapku sambil tersenyum..aku tahu keputusanku akan mengejutkan orang lain..


“Really…apa dia..”


“Don’t worry my dear..just support it..ok..akak sayang Rissa..thanks..”


“Rissa pun sayang akak juga..”jawabnya sambil memelukku…Aku tersenyum bahagia..lega sedikit masalahku dapat diluahkan..Kerana itulah aku lebih bahagia di sini..Ada yang bertanya masalahku…umi dan abah pula selalu meluangkan masa bersama..


Sementara di KL..Is sudah bagai kucing kehilangan anak..sejak dia meluahkan perasaan..dia tahu Adrina semakin jauh darinya..panggilannya pun tidak dijawab..mesej usah di kata..Macam mana ni…Nak batalkan perkahwinan..Mengamuk mummy dengan papa..Bagai nak pecah kepala..nyata sekarang, semangat untuk berkahwin sudah tiada dan dia semakin bimbang kerana tarikh sudah dekat..Riana pun seakan tak kisah tentang perkahwinan ni..Nak cakap kat mummy..awal-awal dah kena warning…papa pun kalau mummy kata A dia pun A….


Sunday, January 30, 2011

Gelora Hati 16

Esoknya aku bekerja seperti biasa..peluang untuk bercakap dengan papa pun tidak ada..macam mana ni..nanti melepas peluang pula..minggu ni papa ke London kerana ada masalah dengan pelanggan di sana…adui..masalah…Hujung minggu ni..aku pula kena pergi Sarawak uruskan projek di sana…Habis bila aku nak cakap ni…Sedar tak sedar dah seminggu berlalu dan aku kena bertolak ke Sarawak…kalau ikutkan hati..malas nak ke sana…tapi sebab papa yang suruh..aku kena pergi la..Sedang aku menunggu pesawat aku..aku melihat reaksi orang-orang disekeliling….tiba-tiba terlihat kelibat Is…Ishk..apa dia buat kat sini ni..menyibuk ajelah..Situ aku muncul..situlah dia ada…Aku sedaya mungkin ingin menyembunyikan diri…Sedang aku mencari tempat yang terlindung..aku terlanggar orang…


“Aouch…”dia menjerit…

“sorry encik tak sengaja..are you ok…”

Sebenarnya lelaki itu ingin marah tetapi terkedu melihat kecantikan gadis di hadapannya..terbantut amarahnya..

“Encik..encik tak apa-apa..Maaf..saya kejar masa ni..takut flight terlepas…”Baru Alia tersedar..patutnya dia dan masuk balai pelepasan tetapi sebab sembunyi dari Is..semuanya kacau…

“Encik..kalau encik tak apa-apa..saya pergi dulu..sorry again…May Allah bless you…” dan terus Alia berlalu…

Lelaki itu termanggu-manggu…Sebelum ini dia terpesona dengan kecantikan gadis itu..tetapi sekarang dengan kata-kata dan kesopanan gadis itu…Penuhi ciri wanita sejati..Terpegun dia…May Allah bless you too my dear…terdetik di dasar hatinya dan sebelum masuk dia melihat gadis itu tersenyum tetapi bukan kepadanya tapi pada pengawal di situ…Setelah lenyap perempuan itu baru dia tersedar dari khayalan…Tiba-tiba…

“Angah..Along tunggu dari tadi dia berkhayal dekat sini pula..” marah Is..

“alah..along ni..kacau line ajelah..angah jumpa perempuan cantik tadi..tapi dah terlepas..”

“Kamu ni angah..bila nak berubah…kalau dah gian sangat kahwin aje..taklah mummy bising suruh along kahwin cepat..”

“Alah..along lain..angah..belum puas lagi kejar perempuan..lainlah kalau perempuan tadi..memang angah kahwin terus kalau dapat perempuan tadi…”

“angah ni..kalau tak cakap pasal perempuan..tak ada kerja lain…”

“Hmmm..habis..along kali ni dah confirm ke nak kahwin…tak tunda lagi..?”

“Entah..along pun tak tahu…kalau boleh..along tak kahwin terus baru tahu..”

“Kenapa..gaduh lagi…anyway…angah nak la jugak jumpa bakal kak ipar angah tu..muda dari angah kan…siapa nama tunang abang tu..”

“Riana..tu lah kamu…time orang sibuk hal along…dia sibuk kejar perempuan…bakal kakak ipar sendiri tak kenal..”

“sorry..big brother..angah tak suka la..tradisi-tradisi macam tu…remeh..tapi..sure nanti along kahwin..angah yang akan jadi pengapit..janji..” Dan mereka ketawa…

Sebenarnya..bukan angah tak ingin melihat hari bahagia abangnya itu..tetapi waktu itu..tiba-tiba cawangan di luar negara syarikat mereka ada hal..jadi dia disuruh oleh papa ke luar negara…lepas tu time orang lain berkumpul..dia kejar perempuan…

Sampai ke rumah..angah dengan selambanya berehat di ruang tamu..

“Hah..kamu nak kenal tunang along..ada dalam ni..lepas tu simpan dalam bilik along balik..” satu buah album diletakkan di hadapan angah…

“Nantilah..kejap lagi angah tengok…”dan angah mengambil album itu ke biliknya…

Selepas mandi..baru dia membuka album itu…Tertulis..pertunangan Is & Riana…Riana…cantik nama..mesti secantik orangnya dan bila membuka album itu..betapa terkejutnya dia..Gadis itu…tiba-tiba tanganku terketar…betapa kecilnya dunia…Baru dia berangan untuk memiliki gadis itu tetapi…dia mengeluh..Semangat untuk melihat gambar sudah tidak ada…Yang nyata..hatinya sedih..sakit…Tanpa mengenali..tanpa bersua..aku dah terasa sakit begini……..Bertuahnya along mendapat gadis sebaik dan secantik itu..Mungkin gadis itu terlalu baik..jadi………….Ah..terasa ingin dia berteriak …

Hari itu, sekeluarga Tan Sri Azlan berkumpul…

“Hujung minggu ni..mummy nak buat dinner kat rumah ni…jangan ada yang ponteng pula…mummy dah lama rancang ni…nak jemput bakal besan kita sekali…” jelas mummy..

“Kenapa tiba-tiba aje mummy..tak ada angin..tak ada hujan..tiba-tiba buat dinner…” tanya along..

“Riq ni..ada la tu tak kena..kenapa..gaduh lagi dengan Riana? Kamu tu dah nak kahwin..jangan buat pasal…malu mummy..” ugut mummy…

“Bukan apa mummy…Riq pun dah tak tau la Riana tu…dia ingatkan modeling aje…Riq ni dia dah tak kisah dah..” jawab Is..

“La..kenapa pula macam tu..”tanya mummy…

“Malas la mum..ikut suka dialah..Riq tak kisah..kalau dia macam tu..Riq nak buat macam mana..”

“Kamu ni..macam dah putus harapan aje bunyinya..”

“Kadang-kadang tawar hati lah mummy..”

“Udah la tu..nanti mummy settlekan…”

“Ikutlah mummy..”

“Hmm…kamu pun angah..jangan nak keluar hari tu..”

“Kenapa angah pula kena join sekali..bukan tunang angah pun..mummy ni..”

“Kalau bukan pun..apa salahnya..nak harap kamu bawa calon jangan harap..girlfriend aje keliling pinggang, tapi bila mummy nak tengok..habuk tak ada…senang-senang biar mummy aje carikan…”jelas mummy tiba-tiba.

“Mummy ni..angah nak enjoy la dulu..kan along dah nak kahwin…”

“Itu along kamu..kamu ni, kalau tak kahwin beginilah perangai..liar betul..”

“Kenapa mummy..mummy dah ada calon ke?” sakat along tanpa mengetahui dia yang akan terbakar sama…

“Nak kata ada tu..taklah..tapi mama berkenan betullah dengan si Alia tu..manis..sopan..sejuk mata mummy memandang”

Dup..terasa ingin pecah dada Is..Kenapa mesti Alia..dengan angah..tidak..aku tak sanggup..

“Mama ni..Alia mana pula…”

“Alah..adik tunang abang kamu ni la..”

“Uih..tak nak lah angah..kahwin dengan orang dekat-dekat..nanti balik-balik muka sama yang jumpa..tak nak lah angah..”

“Rugi angah..cantik orangnya..”jelas mummy..

“Uih..tak nak lah mummy..” dalam hati angah berkata..kalau dengan tunang along lainlah..tapi tak mungkin..takkan lah adik dia boleh lawan dengan kakak..lagipun tunang abang pun muda pada aku..adik dia lagi la kan..mesti keanak-anakan..habislah hilang macho aku kahwin dengan budak…Aduh..kalau bukan tunang abang..dah lama aku pikat..

Sementara Is pula sudah tak senang duduk..tak boleh jadi…mama nak jodohkan angah dengan Alia..mati hidup balik pun aku akan bantah…Aku tak boleh terima…Alia..not Alia.. Alia..kenapa buat Is macam ni..Is dah nak naik gila dah…Tanpa menghiraukan orang di rumah Is memandu keretanya tanpa arah tujuan…Lama-lama baru dia tersedar..dan dia berada di apartment perdana…Kenangan sewaktu dia kena pukul terimbau kembali di ingatan…

Hari-hari Adriana akan datang membawa makanan dan membersihkan luka di badannya..Mulanya dia segan, tetapi memandangkan tangan dia pun sakit..jadi dia membiarkan Adriana melakukan tugas itu..Waktu itu dia rasa bahagia dan berasa bertuah…Dan saat itulah dia mula mendambakan Adriana untuk dijadikan isteri..bukan lagi Riana…Waktu itu dia memang rapat..

“Malam tadi Adriana tidur kat mana..”tanyanya..

“Tidur..kat matalah..”

“Hmm..so funny..malam ni tidur kat sini lagi ke sayang…”

Alia senyap..

“Marah ke?”

“Adriana..”

“Hmm..”

“Kenapa senyap..”

“Malas nak jawab..”

“Tak apalah..” Is pura-pura merajuk..

Selepas itu, Alia memujuknya..indahnya saat itu..Is sudah terbaring di apartmentnya..di sofa ruang tamu..malam kian gelap..malas terasa ingin pulang ke rumah..takut hatinya terbakar lagi..Dengan pantas jarinya sudah menekan butang call..

Em..siapa la kacau malam-malam ni..nak rehat pun tak senang..tangan Alia tercari-cari handsetnya di atas katil..

“Hello”dengan suara serak basah dia menjawab..sebenarnya dia letih kerana masalah di cawangan Sarawak ni…

“Adriana….” Mendengar suara itu..mataku yang letih tadi terbuka dengan luasnya..Aku melihat nombor di telefon…Alamak..ada apa lagi ni..aku bosan melayan orang ni…menyesal aku jawab…takkan nak putuskan..

“Adriana..”perlahan sahaja suaranya..seakan bersedih..dengan serta merta terasa cair hati ini..kesian pula..

“Ya…sorry..Alia..tertidur tadi…ni pening lalat lagi ni..hmm..ada apa?” tanyaku lembut padahal aku menipu tadi sebab aku malas layan tadi tapi kasihan pula dia…

“Adriana kat mana ni..”

“Sarawak…ada masalah kat cawangan sini…”

“Adriana…Adriana..” aku pelik..apa kena mamat ni pulak..

“Kenapa ni…you ada masalah ke?”

“Hmm..and..and…” I miss U, tapi kata-kata itu hanya dalam hati…dia tahu kalau dia ucapkan..Alia akan lari lebih jauh..

“Adriana…” sebenarnya meremang bulu roma Alia bila Is berkata begitu…

“Kenapa ni..you sakit ke..”

“Em…tapi orang tak tahu..I merana sekarang ni…”

“What wrong with you…Is buat Alia fikir bukan-bukan aje…”

“I…I miss you…very..very much..”dup..jantungku terasa ingin berhenti…apa dah jadi ni..semakin aku elak..dia semakin berani..

“Is…you tak boleh macam ni..ingat..you bakal abang ipar I tau..jangan buat macam ni.. please..”pintaku..terasa ingin menangis aku…Rupanya memang dia juga merasa getaran hatiku..

“Is dah cuba Alia..tapi tak boleh..Is cintakan Alia…”

Ya Allah…akhirnya..dia luahkan juga..

“Is..”belum sempat aku menjawab..dia menyambung..

“Is betul-betul dah tak tahan Alia..dah lama Is sabar dan cuba menafikan..tapi semakin Is ingin lupakan..semakin Is sedar..Is memang sayangkan Alia…”

“Is..jangan macam ni…Is tak tahu..Orang yang Is akan lukakan itu kakak Alia..my twin..”Air mataku sudah menitis..Tak tahu sebab dia meluahkan perasaan atau sebab kakakku dikhianati oleh adik sendiri dan tunangannya sendiri…

“Alia..perasaan ini datang dengan sendiri..Hati Riq takkan senang selagi tak luahkan…Riq tahu Alia terkejut..tetapi perasaan ini memang datang jauh dari sudut hati Riq..” curahnya..

“Is tak boleh buat macam ni…Alia rayu pada Is…kalau Is macam ni lagi..Alia takkan layan Is lagi and Is takkan jumpa Alia lagi..” jelasku sedikit keras..

“Alia…Is Cuma luahkan apa yang terbuku dalam hati Is..Is tahu semua ni salah..malah Is jatuh hati pada bakal adik ipar sendiri..but”

“You must accept your fate Is…not with me..but with my own sister..you must remember that..”lantas aku meletakkan telefon..”

Telefon berdering lagi..Entah kenapa, air mataku mengalir semakin laju dan tanpa luar sedar..handsetku sudah berkecai menghempas lantai…Kenapa dia hendak mengacau ketenteramanku..alangkah baik dia tak luahkan…Dia membuatkan aku semakin terseksa..

Thursday, October 28, 2010

Gelora Hati 15

Jauh di sudut lain, Alia masih membawa diri sehingga entah ke mana di bawa keretanya…Macam mana aku nak menghadapi kenyataan…walhal hari demi hari aku semakin lemah…Dan makin lemah dengan asakan lelaki itu yang kadang kala berlebihan…Dia sering hadir dan takdir selalu menpertemukan mereka ..padahal waktu itu aku ingin mengelak..Takkan aku nak merosakkan majlis saudara kandungku sendiri…Baru aku sedar selama ini, kebencian kakak terhadapku amat berasas..Akhirnya..aku ketahui bahawa memang luaran kami nampak berbeza dari segi perlakuan…tetapi kalau dilihat dari segi hati dan perasaan…memang tidak dapat dielakkan…Aku harus cari jalan untuk membahagiakan semua orang…Kadang-kadang..aku terasa kewujudan aku tidak diperlukan lagi kerana munculnya aku akan mengundang sengketa…Entah sejak bila ini bermula..Dan naluri ini mengatakan akan berlaku sesuatu jika aku tidak mengambil tindakan secepat mungkin…Entah tiba-tiba kenapa aku terlanggar kereta di hadapanku…Dan membuatkan aku panik seketika…

Orang di kereta hadapan sudah keluar dan mengetuk pintu keretaku..nampak macam menakutkan…Seorang pemuda yang kelihatan tegap semakin marah kerana aku tidak keluar…Dengan membaca bismillah dan selawat aku keluar dan sebelum itu aku menyapu airmataku yang mengalir tadi..Baru aku sedar aku terlalu melayan fikiran tadi…

“Hei..tak ada mata ke…….”dan kata-kata itu terhenti bila aku keluar…

Dengan sopan aku memulakan bicara…

“Maaf encik..saya tak sengaja..kalau kereta encik rosak teruk..encik boleh claim dengan saya…I’m so sorry…”

Lelaki itu tidak berkata apa-apa….Aku sebenarnya takut… tiba-tiba dia senyap…

“Yo…what are you doing…tadi bukan main marah..ni kenapa pula ni…Hei..perempuan tak sedar diri..tak ada mata ke..langgar kereta orang..buat orang susah aje…” marah seorang gadis itu…

“Maaf..saya tak sengaja…”

“Tak sengaja konon..habis macam mana ni??You should pay for it…Yo…kita panggil polis ajelah..lokapkan perempuan ni…tak sedar diri…” sambung gadis itu lagi..

“Yo…Yo…you ni kan…”marah perempuan tadi..

“Dahlah kereta I tak apa-apa pun..Let’s go..” sambil dia menarik tangan gadis itu..Julia kalau marah..memang hilang terus muka yang cantik tu…Tak rela dia ingin dengar leteran itu…

Aku merasa lega kerana kereta itu berlalu begitu sahaja..tadi bukan main marahnya…macam nak gaduh..lepas tu..tiba-tiba pergi…Alhamdulillah..kalau tidak niaya aku..perempuan tu nak suruh aku masuk lokap…Isk..Yo..sebut Alia perlahan..nama ke apa..ke you..nak tergelak la pulak rasanya…

Sementara dalam kereta..pemuda tadi berangan sambil tersenyum..Kalau Julia tak ada tadi boleh la aku pasang jerat..Cun habis gadis tadi..tapi sayang..muka nampak sedih..atau dia takut aku serang dia tadi..Silap aku jugak..kalau tahu gadis cantik yang langgar aku..taklah aku nak marah-marah…

“Yo..you ni kan kenapa senyum-senyum ni..tak ada lain la tu menggatal..pantang nampak perempuan dahi licin sikit…”marah Julia..

“Come on sayang..takkan you nak marah I aje..nanti muka cantik tu tak lawa kan..tak best la macam ni sayang…” perangkap Yo..dia tahu Julia memang marah dia pandang perempuan lain..tetapi mesti kalah bila dipujuk rayu..Perempuan memang senang..petik jari aje..Memang Yo menjadi kegilaan ramai perempuan kerana ketampanannya dan kekayaan yang dimiliki..Perempuan baginya hanya sekadar tukar pakaian..minggu ini dengan perempuan itu..minggu depan lain…Tak ada yang istimewa..Cuma dengan Julia..kiranya antara gadis yang lama bertahan dengannya dan Julia tahu perangainya yang kaki perempuan…

Selepas perlanggaran tadi..Alia berhati-hati memandu..dan fikirannya dah tenang..Kira untung juga aku langgar kereta tadi..Kalau tak mesti aku menangis lagi…Apa aku nak buat ya sekarang..Kalau boleh aku terasa ingin lari jauh..Tapi nak ke mana..Nak menetap di Johor..mesti papa bising…Sedang dia berfikir..handsetnya berbunyi….

“Lia….apa khabar Lia…”

“Weh..Ayu..tak Ayu langsung suara..nama aje Ayu..kecut perut Alia tau…”

Kedengaran Ayu ketawa…

“Lia..kau kerja dengan papa kau ke sekarang..Aku dah boring la keje..rasa nak break kejap..ingat masa kita study dulu..enjoy kan..”

“Ialah Ayu..I pun rindu waktu dulu..kan best kalau kita study lagi..aku pun dah naik pening dengan problem aku…kau tahu kan aku dengan kakak aku tak sebulu…”

“Aku tahu la…macam dulu jugak..tak berubah ke…”

“Aku tak macam kau..rapat dengan family..”jawabku..

“Lia..aku ada hal penting ni…aku plan nak sambung master kat UK..kau nak join sekali ke??”

“Betul..ikutkan hati aku memang nak..wah bestnya..kau nak apply ke?”

“Ia la..tu pasal aku telefon kau..kalau pergi sorang-sorang tak best..So..aku ajak la kau sekali..”

“Siapa yang nak sambung lagi…”

“Entah..mungkin Tini..Ed and may be Zik..”

Mendengar nama Zik..aku hilang semangat..Aku mengeluh…

“Kenapa kau mengeluh..”

“Aku sakit hati la dengan Zik tu..”

“Ha..aku tahu..dia serang kau punya pakwe kan..dia cerita kat aku..Dia tanya aku waktu tu..aku kata aku tak tahu..last-last dia cakap dia belasah kau punya pakwe…Aku pun terkejut la..”

“Wei Ayu…bila masa aku ada pakwenya..dia serang silap orang..tunang kakak aku la..”

“Ia ke..dasyat la mamat tu..”

“Ayu..aku call kau semula la…aku takut aku langgar kereta orang lagi..tadi dah langgar sekali..”

“Ok..take care..so, bagi tahu aku kalau nak apply..senang-senang datanglah kat rumah aku..bukan jauhnya rumah kau dengan rumah aku..”

“Habis tu …kenapa tak lawat aku..”

“Saje..kau tu kalau duduk kat rumah dan balik Johor..mana nak ingat kat aku…hanya adik kesayangan kau yang kau ingat..”

“Ok..see you next time..”

Aku tersenyum…sambung belajar..idea yang baik..bolehlah aku lari dan rawat hati aku yang menderita ini…Orang lain tak tahu tak apa..kalau rahsia aku bocor..memang haru jadinya…Ok set…study…tapi masalahnya..papa kasi ke..kalau mama dengan kakak pasti tak kisah..umi ngan abah sporting..kalau itu yang aku hendak..mereka tak akan halang asalkan aku bahagia… Masalahnya…papa…kasihan juga kat papa…amat berharap aku ambil alih syarikat dia.. aduh… patutnya..kakak lah sebab anak sulung..ni berbalik la pula….