Wednesday, April 22, 2009

Gelora Hati 2

4 tahun berlalu bagaikan angin lalu, tanah air yang kutinggalkan dahulu kini kupijak… Kepulanganku ini tidak ku khabarkan pada siapa-siapa…kerana mengikut perancangan sepatutnya aku balik 2 minggu lewat…tetapi aku ingin membuat kejutan…..Destinasiku adalah Johor, aku lebih bahagia di sana….Umi dan abah amat gembira dengan kedatanganku dan kebetulan Arissa pulang ke rumah pada waktu itu untuk bercuti. Cuma Ariff sahaja yang tiada kerana belajar di Manchester dalam bidang business.
Walaupun aku mahu berlama-lama di situ tetapi aku buat keputusan untuk pulang ke rumah kerana takut kepulanganku di ketahui oleh papa. Tentu terasa hati orang tua itu nanti….Memang tepat naluriku yang papa memang mengagak aku sudah pulang…Sewaktu aku sampai, mama dan Kak Liana tiada…rupa-rupanya sibuk membuat persiapan untuk pertunangan Liana..Aku tumpang gembira untuk kakakku ini…papa bersemangat bercerita itu dan ini, dan majlis itu akan diadakan pada awal bulan Februari, dua minggu dari sekarang….Dari cerita papa, aku ketahui, anak kenalan papa, amat sepadan dengan keluargaku tetapi anak Tan Sri Azlan… dasyat…siapa tak kenal beliau di KL ni…Itu papa kata sedangkan papa pun apa kurangnya…nama bakal tunang dia pula Shahrul Ariq Iskandar….
’Em…sedap betul nama….mesti handsome’, desis hatiku…Aku tersenyum sorang-sorang dan hanya tersedar bila dipanggil papa…
“Yang adik senyum-senyum ni kenapa..”Tanya papa…“Ingatkan pakwe ke”, serkap papa..
“Mana ada papa…adik ni single mingle lagi”, jelasku…
“Cari la….kalau jumpa kenalkan kat papa, papa kahwinkan terus”
“Papa ni…adik naik atas dulu la…”
Di dalam bilik…aku teringat cinta pertamaku yang sama dengan Liana…
’Mana agaknya Jeff sekarang…kahwin ke belum lagi…Lantak dia la…yang penting jangan aku sukakan orang yang sama dengan Liana lagi sudah…’
Aku hanya berjumpa dengan mama dan Liana pada keesokannya kerana mereka balik lewat semalam…
“Adik….bila sampai…”Tanya mama .Dalam hatiku, terasa pelik kerana sudah lama mama seakan tidak prihatin pada diriku…
“Semalam….mama dengan Kakak tak ada semalam kan…”
“Ialah…pergi shopping barang nak bertunang”terang Liana seakan bermegah…Aku hanya tersenyum…
“Tahniah kakak…macam mana orangnya…handsome ke” tanyaku seakan mahu bergurau…
Namun, pertanyaanku hanya menyebabkan riak muka Liana berubah…
’kenapa pulak’, aku tanya benda pelik-pelik ke…
“Dia tunang Riana la…jangan nak buat onar pulak…”katanya melenting..
“Kenapa pulak ni Riana….adik tanya macam tu pun nak marah…”tegur mama…
‘Riana….Riana mana ni..aku ke…adik pun aku…’aku tertanya dalam hati…’ya..nama itu’
“Alah mama…mama kan tahu kalau Riana suka… adik pun suka…sama macam Riana suka pada Jeff dulu…nanti kat Is pun adik suka juga…nanti dia pun nak kebas Is jugak…” jelas Liana…
“Kakak…kenapa ni…adik tanya je..adik kan tak pernah kenal dengan Is lagi…entah-entah, adik dah ada orang nak masuk pinang”, jelas mama…
“Adik…pergi naik atas….”pinta mama….
‘Apa dah jadi ni…takkan sampai begitu bencinya Liana padaku…dia mencuragaiku…apa aku dah buat…’hatiku berkata-kata…Entah kenapa airmataku menitis………
Suasana suram di rumah….sehingga waktu makan pun tiada sesiapa bersuara…Hanya bersuara selepas papa bertanya…
“Dah siap persiapannya semua mamanya…”
“Hampir siap…ni,kakak ni…tak puas hati lagi dengan baju tunangnya…nakkan gaya mat salleh”
“Apa kenanya nak tiru mat salleh…kita kan orang melayu…rambut tu dah la perang semacam… sakit mata papa..”
“Alah…papa ni..tak sporting langsung.. kan trend…”
“Trend apa bendanya… adik yang dari negara mat salleh tak perang pun… cantik berambut hitam…ini yang ada kat sini melebihkan gaya mat saleh aje”
“Mana adanya papa…adik tu tau study je…”
“Ialah study…tak macam kamu…study ke mana…dah nak kahwin”marah papa..
“Alah…dah dia ajak kahwin.lagipun Is boleh tampung kalau kakak tak kerja…dia kan loaded…”
“Loaded pun loaded la…tapi”
“Abang ni pun…biar ajelah dia…..”celah mama tiba-tiba.
“Ha… adik..kenapa senyap je dari tadi…nak kahwin jugak…tanya papa”.macam perli aje.
Aku mengangkat muka…manakala Liana menjeling…mungkin teringat peristiwa tadi…
“Tak…adik tengah teringat kat umi ngan abah…” dalihku, padahal entah ke mana fikiranku.
“Asyik-asyik umi…umi…abah….takde orang lain…”sela mama tak puas hati…
“Dahlah mamanya…esok adik ikut papa ke pejabat…ambil alih kerja-kerja papa, belajar selok belok syarikat….”
“Ha… esok…adik nak rehat-rehat dulu la papa…kan adik baru aje habis..”pintaku..manja
“Papa dah tua adik…nak harap pada kakak kamu…jangan harap…”
“Kenapa Riana pula yang kena…”
‘Riana…Riana mana…Liana ke…ia..walau sekadar nama tetapi itulah yang pernah mengguris hati kecilku dulu…sekarang sudah kalis’
Keesokkanya…papa memang menunggu aku untuk ke pejabat….
“Papa…adik pergi lewat sedikit okey….” Pintaku pagi itu..
“Okey…jangan tak datang pula…”
“Okey bos…”jawabku sambil ketawa….
Waktu tengahari sedang aku bersiap-siap, handsetku berbunyi…
“hello adik…masih kat rumah ke…”
“Dah nak pergi office la ni..”
“Jumpa papa kat Hilton,pak mat jemput nanti…”
“Adik boleh pergi sendiri”
“Hari ni datang dengan Pak Mat aje…”
“Okey…”
Sesampai aku di Hilton, aku mundar mandir di lobi…saje ,melengahkan waktu…kerana Pak Mat cakap papa ada lunch meeting…ni yang tak best ni…
“adik kat mana ni…”tanya papa selepas handsetku diangkat..
“Kat bawah…”
“Naik cepat…”
Aku tergesa-gesa… menuju ke lif dan dengan tak sengaja aku terlanggar seseorang…
“Maaf…”sambil aku mengambil briefcasenya yang terjatuh dan segera mengejar pintu lif yang terbuka…Aku lihat lelaki itu seakan terpegun di situ…Bila tiba waktu lif nak tertutup…aku seakan terdengar dia panggil ‘Riana….’
Namun aku rasa perasaanku sahaja….Handsome betul orang tadi…ishk..iskh…penyakit gatal aku dah datang balik dah…
Selepas lunch dengan papa….,permulaan kerjayaku sebagai orang korporat akan bermula…Mula-mula aku diperkenalkan pada staf-staf yang akan menjadi rakan sekerjaku nanti dan papa telah menyediakan satu bilik khas untukku bersebelahan dengan bilik Liana. Setahu aku, bilik Liana selalu kosong kerana dia datang pun bukan datang buat kerja…sekadar goyang kaki di situ..Di bilik itu tertera nama ‘Riana Amiruddin’. Sekarang nama itu tidak menjadikan aku sakit lagi kerana aku gembira dengan nama Alia..Perkara-perkara lepas sudah membuatku lali dengan nama itu…Seminggu kemudian di hadapan bilikku tertera nama A.Nathalia Amiruddin. Aku senang meletakkan namaku begitu dengan pangkat CEO pemasaran.

Monday, April 6, 2009

Gelora di hati 1

Dua nama yang berbeza, tetapi seakan melambangkan orang yang sama. Itulah perumpamaan yang boleh dinyatakan untuk diriku dan kakakku.Disebabkan kami dilahirkan sebagai kembar, orang sekeliling memang tidak dapat membezakan kami kecuali orang yang rapat-rapat dengan keluarga kami. Dan semestinya yang hanya dapat membezakan kami hanya papa dan mama. Walaupun kami selalu bertukar watak dan sering menyamar kerana sahaja untuk memainkan orang sekeliling kami. Itulah perilaku kami yang amat nakal yang selalu menjadi bahan ketawa ahli keluarga…
Tetapi entah bila, semakin kami meningkat dewasa, jurang-jurang pemisah antara kami mula wujud.Ini mula ketara apabila kakakku, Liana tiba-tiba dikesan menghidapi penyakit lemah jantung. Dan sejak itulah aku mula terasa diriku sedikit tersisih dari papa dan mama.Aku tahu kakakku sering sakit jadi memerlukan penjagaan yang lebih. Lantas aku pujuk hatiku supaya bersabar, dan sejak itulah terlatih diriku sikap beralah dalam diri. Sejak Kak Liana sakit, papa dan mama berkejar ke situ sini semata-mata untuk kakak. Kupujuk hatiku, walaupun aku sering ditinggalkan. Bukan aku terasa hati tetapi kewujudan aku seakan tidak wujud dalam rumah ini yang dulu pernah kuanggap syurga dunia. Semua keperluan Liana didahulukan. Aku pendamkan lara ini dalam hatiku tetapi terkesan juga oleh Mak Tom, orang gaji rumah kami yang yang berkhidmat dengan keluarga kami sejak aku dan Liana belum dilahirkan lagi.
Semua itu kutempuhi dengan sabar, tetapi kesabaranku mula tergugat apabila tiba-tiba kak Liana mahu semua orang memanggil dia dengan namaku, Riana. Permintaan itu memang mengejutkan papa dan mama, dia ingat kakakku mula meracau kerana kebelakangan ini Kak Liana mula putus asa untuk hidup. Lantas, sejak hari itu namaku diragut dariku tetapi hanya Tok abah dan Tok mak yang memahami lara hatiku. Dan sejak hari itu aku mula memakan hati. ‘Papa, mama, Riana pun anak papa dan mama juga’, desisku dalam hati. Kejadian itu terjadi, ketika aku baru memasuki alam remaja iaitu pada aku berumur 14 tahun.
Memahami diriku yang kesedihan, Tok Mak dan Tok Abah membawa aku pulang dan tinggallah aku di kampung sejak hari itu, dengan alasan mereka sering tinggalkan aku dan abaikan aku semata-mata untuk mengubatkan Liana. Yang nyata papa dan mama bersetuju dengan cadangan itu dan bermulalah aku hidup di Johor, kampung papa sewaktu kecil.
Kuteruskan perjuangan hidupku dengan sabar, dan aku mula bahagia hidup di kampung kerana di sana, aku kenal erti kesusahan hidup, mula berdikari kerana keadaan di kampung tidak semewah di bandaraya KL. Kalau dulu, aku dan Liana dijemput dan dihantar oleh pemandu, tetapi sekarang hanya berbasikal ke sekolah yang lebih kurang 2km dari rumah Tok Mak dan Tok abah. Bukan apa, kerana tiba-tiba Tok abah mula sakit dada sejak kebelakangan ini. Papa dan mama pula sekadar menelefon sahaja kerana masih berkejar ke sana sini mengubati Liana. Akhirnya, ketika aku baru tamat peperiksaan akhir tahun tingkatan 4, tiba-tiba Tok Abah meninggal secara mengejut. Pada hari itu barulah, kelibat papa dan mama kelihatan di kampung untuk menguruskan arwah Tok abah. Kemudian, hidup di kampung mula sunyi kerana hanya tinggal aku dan Tok Mak. Tetapi keceriaan mula menular bila Pak Usu dan Mak Usu balik dari London, selepas memutuskan untuk tinggal bersama Tok Mak di kampung. Dan hidupku semakin ceria kerana aku sudah mendapat adik, iaitu Ariff dan Arissa, anak-anak Pak Usu dan Mak Usu yang berusia 10 dan 12 tahun. Dan sejak itu, aku dianggap sebagai anak sulung Pak Usu dan Mak Usu kerana keakraban kami. Malah kami seakan keluarga betul dan aku mula lupa bahawa aku mempunyai kembar dan papa dan mama. Malah pak usu dan mak usu sudah membahasakan diri mereka abah dan umi seperti anak-anak mereka yang lain memanggil mereka. Dan ketika aku sedang dalam tingkatan 5, Tok Mak pula menyusul arwah Tok abah, dan tinggallah aku dengan keluarga umi dan abah..tetapi selepas itu papa dan mama menjemput aku untuk pulang bersama kerana mereka kata Riana dah sembuh jadi aku sepatutnya bersama kembarku di KL.
‘Riana…Riana selalu sihat, papa,mama , cuma Liana yang baru sihat’.
Umi dan abah membantah keras, kerana mereka tahu kisah sedihku dan tahu aku masih bersedih kerana pemergian Tok Mak…
Aku berada dalam dilema, kalau diikutkan hati, aku tidak mahu pulang ke KL lagi, hidupku lengkap disini.Di KL, aku dapat merasakan identitiku hilang, aku bukan diriku lagi…aku tidak mahu hipokrit tetapi nasihat arwah Tok Mak masih kekal di ingatanku..
‘Riana sayang, kalau Tok Mak tak ada, baliklah jika papa datang ya, papa bukan dah lupakan Riana’.
Tok Mak seakan tahu tingkah papa, mungkin naluri seorang ibu..tetapi mengapa mamaku sendiri tidak mengerti, mungkin sebab Kak Liana sakit dulu..itulah kata-kata penyedap hatiku yang kutanamkan. Sebenarnya, sudah lama nama Riana tidak digunakan untuk memanggil namaku sejak Tok abah dan Tok Mak bawa aku pulang ke kampung, kerana mereka takut aku terguris di sini. Di sini aku lebih dikenali sebagai Alia. Malah umi dan abah pun memanggil aku sebagai Alia..Mereka kata Alia tu mempunyai makna yang lebih baik..Keputusan aku untuk pulang bersama papa dan mama amat mengejutkan umi dan abah. Tetapi mereka tidak menghalang kerana aku sendiri yang hendak pulang..Ariff dan Arissa kelihatan amat sedih kerana aku akan meninggalkan mereka. Tetapi aku berjanji kepada mereka aku akan pulang selalu.
Di KL, aku mula hidup dengan suasana baru. Memang sudah jauh berbeza. Semua urusan perpindahan sekolahku yang rumit sudah diselesaikan melalui kenalan papa kerana aku akan menghadapi SPM tidak lama lagi. Di sekolah yang dulu yang kutinggalkan selama beberapa tahun itu, masih ada yang mengenaliku dan tidak kurang juga yang masih belum mengenaliku. Dan rata-rata memanggilku Riana dan Liana pun Riana. Aku hairan, mereka masih ingat padaku sedangkan aku mengenalkan diri sebagai Alia.Entahlah, akhirnya kubiarkan kerana ia memang namaku, tetapi keadaan ini tidak memuaskan hati Liana. Di rumah papa dan mama memanggil Liana sebagai kakak dan aku adik. Mula-mula Liana memprotes tetapi selepas dipujuk mama, Liana setuju dengan syarat di luar rumah mesti panggil dia Riana. Papa pula tidak melayan kerenah Liana kerana mungkin untuk menjaga hatiku kerana panggilan Riana kepada Liana hanya dipanggil sewaktu Liana sakit, tidak sekarang kerana papa ama-amat tahu bahawa Liana sudah betul-betul pulih..Aku tahu, papa sedar aku telah lama makan hati, jadi dia berlaku adil kepada anak-anaknya, tetapi mama, aku rasa kasih mama semakin jauh dariku. Kak Liana pun sekarang seakan tak kisah dengan kehadiranku. Mungkin selama ini dia bahagia ditatang sepenuhnya oleh mama dan papa dan sekarang merasa aku ingin merampasnya. Entahlah, di mana Kak Lianaku dulu yang amat menyayangiku dan berkongsi segala benda denganku…Dan kami berdua semakin jauh…Dan makin jauh lagi apabila kami meminati orang yang sama. Mulanya aku tak sedar tetapi sejak mama berkata Jeff lebih sesuai dengan kakak betul-betul di depanku, aku mula terasa hati. Aku tak tahu, mama sekadar suka-suka atau serius, kerana sejak aku tinggal di kampung, aku sudah tidak mengenali mamaku lagi tetapi mujur papa masih sama seperti dulu tapi hatiku sering terguris, kakak dengan caranya yang tidak mahu mengalah, mama yang selalu membela kakak dan papa yang selalu sibuk dengan kerja. Hanya Mak Tom saje yang sering melayaniku seikhlas hati…
Kekecewaanku terhadap keluarga sendiri membuatkan aku menekadkan diri untuk lari jauh dari mereka. Sejauh mungkin. Aku dapat rasakan ketiadaanku lebih menyenangkan mereka hidup di KL. Hatiku sekarang bukan lagi di KL tetapi di Johor. Untuk tidak membebankan orang yang kusayangi, aku nekad untuk pergi jauh lantas aku tanam azam untuk cemerlang dalam SPM. Kesunyianku dan kerinduanku pada Ariff dan Arissa serta umi dan abah hanya kulepaskan dengan menelefon mereka setiap hujung minggu. Di hatiku kini, keluarga umi dan abahlah keluargaku.
Beberapa bulan berlalu, dan yang nyata, aku telah melepasi saat yang aku tunggu-tunggu selepas menjawab soalan SPM. Walaupun tidak berapa yakin akan mendapat result macam mana, tapi aku sudah merasa lega kerana detik itu sudah berlalu. Cuti itu ku minta izin papa dan mama untuk ke rumah umi dan abah, mula-mula papa keberatan untuk melepaskan aku pulang tetapi oleh kerana aku beria-ia hendak ke sana, papa membenarkan sahaja. Mama tidak berkata apa-apa tetapi aku dengar mama dan Liana akan ke Pulau Tioman. Biarlah mereka ke sana,walaupun tidak dipelawa, aku tahu kehadiranku memang tak dialukan. Papa hanya menggeleng kerana tidak mahu melukai orang-orang yang mereka sayangi. Entah kenapa mama seakan tidak mahu melayan aku seperti dahulu. Setahu aku, tidak pernah aku lakukan kesalahan. Di sudut hatiku, aku benar-benar mendambakan saat ketika dulu..Kenapa walau hanya beberapa tahun berlalu, aku seakan lenyap di pandangan mereka…
Kepulanganku ke Johor disambut meriah oleh abah dan umi. Aku bahagia di sini. Ariff dan Arissa pula tak lekang-lekang dariku dan kadang-kadang kami ramai-ramai tidur di ruang tamu..Betapa damainya di sini. Sebenarnya di sini aku lebih bebas, kerana aku diberi sebuah bilik di rumah umi dan abah. Dan sejak sepeninggalanku, bilik itu tak terusik…
“Kak Alia memang nak terus tinggal kat KL ke? Akak minta masuk UTM je la kak, dekat sikit…Senang Arissa nak jumpa selalu. Akak takde tak best la sekarang. Abang Ariff pun selalu sedih je sebab akak tak de.” Terang Arissa sambil membuat muka sedih….
“Yalah kak..Ariff rasa sunyi la akak takde??” sambung Ariff.
“Amboi main celah aje, bagilah salam dulu…baru jampuk, mujur akak ni tak lemah semangat…kalau tak??” gurauku…
“Sorry….betul, macam ni la rumah baru meriah…akak takde, takde orang la boleh Ariff usik” omelnya…
“Apa takdenye…ni Arissaku sayang ada ni” jelasku.
“Alah….kacau Arissa dia adu kat umi…buat umi sedih ada la..”jelas Ariff.
“Kenapa?”tanyaku ingin tahu…
“Umi kata sunyi lepas akak takde…”jelas Arissa..
“Kan akak ada ni….”
“Alah…lepas ni balik KL pulak…Arissa nak akak tinggal kat sini…”
“Apa susahnya…Ariff ngan Arissa datanglah KL, akak bawa pusing KL…”
“Tak nak la… kat Johor lagi best…Arissa tak suka….”
“Tak adalah…”jawabnya ingin menutup rahsia…tetapi aku dapat mengagak…
Sebulan selepas itu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang business. Aku amat gembira sekali kerana dapat terbang jauh…Papa tersenyum senang dengan tawaran yang kuterima kerana memang dia galakkan mengambil bidang itu untuk ambil alih perniagaannya…Sementara Liana seakan tidak berminat nak sambung belajar..Dan kerana dipaksa, dia mengambil bahagian business juga di kolej tempatan..
Pemergianku ke sana adalah selama empat tahun….aku melangkah gagah meninggalkan tanahairku selepas keluargaku menghantar aku di airport. Keluarga abah juga menghantar aku dan pemergianku ditangisi Arissa dan Ariff sementara saudara kandungku hanya dingin tak berkata… aku semakin sedih kerana, walaupun kami berdua kembar…sedikit pun tak terlihat kasih sayangnya sekarang… tapi jauh di sudut hatiku…aku amat sayangkan Liana, mama dan papa tetapi aku tak tahu mereka macam mana…..’Selamat tinggal bumi Malaysia…’, desis hatiku………..