Saturday, May 15, 2010

Gelora Hati 13

Selepas kejadian Is dipukul, aku mula menjarakkan diri daripada Is..bukan apa..aku rasa kami rapat semacam dan bila aku ingat balik..gerun rasanya..takut sejarah berulang lagi..Tapi jauh di dasar hatiku, memang hatiku sudah terusik..Lantaran itu aku mengambil langkah berjaga-jaga..Entah bila perasaan ini bermula dan rasanya jika tidak dikawal memang parah..Namun, bukan senang aku hendak menghalang perasaan ini kerana Is selalu mencari peluang untuk berjumpa denganku sehinggakan aku hairan dengan tingkahnya dan bagaimana hubungannya dengan kakak…Nak tanya kakak memang jangan harap..tanya dengan Is..lagi tak boleh harap..cakapnya sahaja sekarang memang putar belit..seakan-akan nak mengelak dari apa yang aku tanya… Sudahnya..dia cakap, boring la..asyik jumpa aje tanya your punya sister..tanyalah pasal I..sihat ke? Macam kerja hari ni..rindu kat I tak..Dia ingat aku ni tunang dia ke?Adik punya tunang betullah…


Tiba satu hari, mama meminta aku datang segera ke butik pengantin…Aku sebenarnya tak sedap hati waktu itu tetapi memandangkan aku memang di tempat berhampiran aku memandu ke sana..Tiba di sana ada kelibat mama, mummy Is dan Is…tetapi kakak tak ada..Aku hairan..

“Ha..sampai pun anak mama..” sapa mama..

“Apa khabar auntie..” sapaku pada mummy Is..

“Alah..panggil mummy je Alia…mummy dah anggap Riana dan Alia macam anak sendiri dah..kan Kay..”

“Em..memang tak ada beza…adik.tolong mama ya..”

“Apa ma..adik no problem..nak suruh buat apa..” tanyaku tanpa mengesyaki apa-apa..

“Tu..try baju pengantin ni…kakak kamu ada hal last minutes show..tiba-tiba fly ke Penang…” pinta mama..

Aku mengeluh dalam hati…Ini lagi satu..kakak ni pun nak kahwin buat la cara nak kahwin.. ni…aku pula yang kena. Dengan berat hati aku mengangguk..memang nyata tidak ikhlas…Aku memaniskan muka…

“Hah Is…kamu apa lagi..pergi pakai baju kamu tu…” sapa mummy Is..

Dia pun belum try dia punya baju ke…niaya betul..ni siapa yang nak kahwin ni?? Kakak ni pun satu..tunang punya handsome ni pun dia buat main-main macam ni..Aku pun hairan dengan kakak sekarang..sering tiada di rumah…susah betul nak bertemu pandang..Apa yang dikejar kakak sebenarnya?? Hei..baju ni..tak berkenan langsung, terdedah sini terdedah situ…Tak cukup kain ke..apa jenis baju la nak pakai..kalau ikut aku baik pakai dalam rumah..tapi pakai macam ni dalam rumah tak ke pelik bin ajaib…Aku tersenyum sendiri…

Sedang aku membetulkan gaun pengantin yang berwarna pink lembut itu…memang cantik dengan warna ni tapi kalau ditambah kain di bahagian depan dan tangan ni kan lebih cantik..macam nak terlondeh aje gayenya…

“Hai anak mama..thanks adik…sebab tolong kakak..” mama lantas memelukku..Entah, aku terasa pelik aje dengan keadaan ini..

“Mama..kalau boleh tolong..apa aje adik nak tolong tapi …” belum sempat aku habiskan kata-kata…

“I know dear…mama faham..”

Mama faham?? Apa yang mama faham…apa yang aku nak mama faham??

“Wah..cantik betul baju ni..kena betul dengan kamu Alia…”

Nak tergelak aje aku dengan kata-kata mummy Is ni…kena apanye..rasanya nak terlondeh dah baju ni dariku..nasib baik tercekit di bahagian pinggang..ni lagi niaya..habis pinggang kurus kering aku ni nampak..buat malu aje pakai macam ni..

“Jomlah keluar…Is pun dah siap dengan tuxedo dia tu…” jelas mummy Is lagi

Ni lagi satu..pakai tuxedo pulak…hampir tergelak aje aku waktu itu..Cuma ditahan..Bukan apa..macam nak masuk filem aje…bukan filem melayu..filem barat..Sedang asyik berangan-angan..aku disapa

“Kamu sekali Alia…” mummy Is bagi arahan…Belum sempat aku mengelak…tanganku sudah ditarik untuk keluar..

Di luar aku terpegun melihat Is berpakaian begitu..handsome betul..bertambah-tambah lah handsomenya…Dia pula lihat aku lain macam..membuatkan aku tersedar dan memandang ke sudut lain..dan nyata aku lihat dia tersenyum…Ishk..janganlah senyum-senyum..aku tergoda nanti siapa yang susah…

“Em..padan lah tu..”

Padan apa?? Baju? Pasangan…Ishk.fikiran aku dah tak betul agaknya..fikir entah apa-apa..

Tiba-tiba pula datang pemilik butik tu dengan jurugambar kerana ingin mengambil gambar pengantin..Ini lagi satu..susah betul..Dan mummy Is dengan selambanya memberi kebenaran..siap dia lagi berposing…Dan aku hanya sekadar memandang mama meminta pengertian tetapi mama sekadar mengikut kehendak mummy Is..

Selepas keluar dari butik..aku sengaja ingin cabut segera tetapi pelawaan mummy Is menjerat aku lagi dan membuatkan aku tidak dapat berkata tidak..akhirnya kami lunch sama-sama…Entah ke mana tiba-tiba mama dan mummy Is lesap..Eii.bertuah betul mak-mak semua…Sementara Is pula masih dengan makanannya..Dari tadi dia tak berbicara tetapi sekadar tersenyum dan merenungku dengan renungan tajam..Gerun aku melihatnya..Membuatkan dudukku tak senang…

“You tak selesa dengan Riq ke Adriana…” sudah lama aku tak dengar dia memanggilku begitu setelah aku mengelak darinya..

“Apa..kenapa pula..”tanyaku selamba..

“Ialah..I rasa you nak elak dari jumpa I kan…” jeratnya…Dah tau nak tanya lagi..getus hatiku..dah tu ..faham-faham je lah..

“Honestly…yes..”jawabku dan belum aku habis menjawab air mukanya dah berubah…

“Why..” kesian pula mamak ni…

“Alia tak mahu you kena pukul lagi sebab I…” belum sempat aku habiskan..dia

“Kenapa..ada orang ugut you ke…”tanyanya

“Maybe yes and maybe no..”

“Tell me the truth..”

“Tak adalah…I gurau aje..so..dah sedia nak jadi bakal abang ipar I..??”

Dia ketawa….

“Abang ipar you…not yet..kalau abang you I dah sedia…”

Ni tak ada lain la dia ni..ni yang tak gemar..bukan apa.membuatkan aku tidak senang duduk..Guraunya sekarang dah menjadi-jadi sampai aku tak terlayan…

“Or..you tak selesa dengan I, Adriana…” katanya lagi..

“Ha..ha very funny..” aku menyelubungi perasaanku lagi..

“Tell me the truth…you tak selesa kan…” aku senyap malah ambil pusing..Dia pula mengeluh…

“I tell you what..you look so beautiful when you wear that wedding dress…”

Kali ini aku tak tahu nak bendung macam perasaanku..Aku rasa mukaku dah merah agaknya kerana mukaku terasa panas menahan malu dan menahan perasaan…

“Look…your face is blushing…I like that” jelasnya dengan senyuman sinis…

“You ni kan..kalau tak kenakan I tak boleh agaknya..”jelasku sambil menahan perasaan..

“Boleh..but only with one condition..tell me the truth when I’m asking…” pintanya..

“Sorry..I tak pandai nak berterus-terang..” jawabku selamba..

“So…you dengar ajelah apa I cakap dan terima ”

“Em..so, I cannot help anymore..But..tadi you are so beautiful..” terangnya..

Eii..silap orang betul..ni mesti baju tu punya pasal…Aku lantas bangun meninggalkannya..Sebenarnya aku marah dengan diriku kerana berani bermain api sedangkan aku tahu akan memakan diriku dan aku akan terluka dan mungkin menyebabkan orang di sekelilingku terluka…Kadang-kadang aku terasa Is ada hati denganku tetapi aku menafikannya…Harap-harap benda ni dijauhkan dariku..cukuplah sekali ia terjadi..aku dah serik..Is yang tersedar dengan tingkahnya yang sedikit memaksa mengejar gadis itu…