Monday, May 4, 2009

Gelora Hati 3

Di rumah kebelakangan ini semakin sibuk kerana esok adalah hari pertunangan Liana. Aku tidak langsung menolong dalam majlis pertunangan Liana…bukan aku tidak mahu tetapi setiap kali aku meluahkan pendapat dan bertentang mata dengan Liana, mesti ada saja benda yang tidak memuaskan hatinya…Lantas aku membawa haluan aku sendiri.. Petang itu ramai saudara yang datang termasuk umi dan abah…Sebenarnya, sudah lama aku tidak bertemu saudara mara kerana sepanjang aku di UK selama 4 tahun aku tidak menjejakkan kaki di Malaysia..tapi yang hairan, ramai lagi yang tak dapat bezakan aku dan Liana kecuali bila melihat rambut yang berlainan… Manakala Tok Wan dan Nek Wan akan sampai esok kerana ada appointment dengan doktor…
Majlis pertunangan Liana akan bermula selepas zohor…aku yang masih bermalasan di katil diserbu oleh Arissa tiba-tiba.
“Wow…seksinya anak dara…kalau orang lelaki yang tengok mesti…em..” gurau Arissa.
“Arissa ni…masuk main terjah aje…kecut perut akak tau…”aku pura-pura marah.
“Tulah…orang duduk bersiap-siap nak tolong majlis, dia duduk tergolek atas katil lagi…Nah, umi suruh bagi…”
“Apa ni…”
“Tengoklah sendiri…tapi Rissa pasti akak mesti suka…”
“Wow…cantiknya…umi yang bagi ke…”balasku riang..
“Em…umi tempah khas untuk Arissa dengan Kak Alia…kita pakai sama-sama ya nanti…”
“Baju ni…nak pakai nanti majlis tunang kakak..”
“Ialah..mesti bergaya sakan…”Guraunya…
“Ni siapa nak bertunang ni…kita ke…kakak ???” balasku sambil ketawa..
“Kita bertiga….”Gurau Arissa.
“Ewah-ewah mulut…belajar pun belum habis dah nak menggatal…”
“Alah akak ni…just kidding…Pakai ya nanti..”
Aku sebenarnya malas hendak keluar bilik… tapi nanti mesti saudara mara kata apa-apa pulak…
Aku bersiap ala kadar sahaja…Baju yang umi beri aku pakai dan hanya menempelkan solekan tipis di muka. Baru aku ingin keluar, Arissa datang mendapatkan aku kerana katanya majlis bertunang dah nak bermula…Begitu lamanya aku berperap di dalam bilik..nasib baik aku period, kalau tak mesti tergesa-gesa nak solat tadi…Aku sebenarnya exited juga nak tengok bakal tunang Liana dan keluarganya..Perlahan-lahan aku dan Arissa menuruni tangga dan duduk di belakang orang ramai kerana semua sedang asyik memerhati Liana dan bakal tunangannya menyarungkan cincin…dan aku begitu terkejut bila melihat lelaki itu…Entah mengapa dia pula yang jadi tunang Liana…mungkin dah jodoh..Lelaki yang aku langgar pada ketika dulu…Patutlah dia panggil aku ‘Riana’, rupanya tertukar orang…
Selepas selesai menyarungkan cincin mereka semua bergambar keluarga..Lalu aku melarikan diri…takut kehadiranku akan merosakkan suasana majlis Riana memandangkan aku dianggap musuhnya…Arah kakiku melangkah ke dapur kerana ruangan lain terhalang…Aku baru hendak meminum air ketika dikejutkan oleh Arissa…
“Puas Arissa cari, rupanya kat sini…kenapa tak bergambar keluarga…Kakak masih dingin dengan Kak Alia ke..”
“Entahlah Arissa..akak pun malas la nak fikir..biar la macam ni…Asalkan tak bergaduh sudah… nanti..ah..akak pun tak tahu…”
“Tadi, Arissa tengok uncle Amir macam cari orang…rasanya cari akak kot.. akak nak sembunyi sampai bila ni..nanti kecoh kat depan…”ugut Arissa..
“kenapanya…”
“Rasanya family foto kot…”
“Biarlah mereka je bergambar…akak ada ke tak ada dalam gambar pun tak menjejaskan pun Arissa… lagipun watak utamanya kakak..nanti muncul watak sampingan makin gamat lakonan nanti” gurauku menutup kegusaran di hati..
“Akak…akak masih jauh hati lagi ke dengan keluarga akak..”
“Arissa pun tahu kan…walaupun akak cuba, memang dah tak boleh jadi macam dulu..Alah Arissa ni..buat akak sedih aje..”
“Ok..ok cup…”dengan gayanya yang lucu…
“Ariff bila cuti Rissa…”
“Entah..abang tu..suka agaknya duduk sana sampai umi dengan abah suruh balik tengok Kak Liana bertunang pun dia malas balik…”
“entah-entah dah ada awek..”
“Uih..siapa la yang malang nak kat abang tu…asyik menyakat orang je kerjanya..”
“Eh…Arissa jangan tak tahu..orang macam tu la ramai peminat…”
“Ia ke kak…”
Dan aku tergelak dan disambung oleh Arissa…Tapi ketawa kami hanya sekejap bila Mak Tom mencelah..
“Kat sini rupanya…papa dengan mama Alia cari tu…”
“Kenapanya…”
“Alah pergi jelah keluar”arah mak Tom.
“Malaslah…segan orang ramai…”jelasku…Arissa hanya tersenyum mengejek kerana tahu kenapa aku malas keluar…
“Nantilah Alia keluar nanti…”
“Nanti papa adik datang heret keluar baru haru…”ugut Mak Tom..
“Alah Mak Tom ni..tak sporting la…”jawabku lagi…
“Mak Tom…nampak tak budak-budak ni..”kedengaran suara umi…
Aku mengangkat jari telunjuk ke mulut supaya Mak Tom merahsiakan kami ada di dapur tapi dah terlewat…umi sudah menjengah kepalanya…
“La….anak dara umi ni…kenapa sembunyi kat dapur…”
“Mana sembunyinya umi…rehat-rehat kat sini aje. Sakit mata tengok ramai orang kat luar” bela Arissa..
“Dah…tak ramai dah.. saudara mara kita je….”
Dengan langkah kaki yang berat…aku melangkah keluar mengikut umi dan Arissa di depanku..Memang dah tak ada orang dah…kecuali di ruang tamu…adalah macam ramai juga…Aku baru berkira-kira hendak naik ke atas menuju bilikku…tetapi…
“Su..mana adik”,tanya papa kepada umi.
“Tadi ada…mana pula budak ni”..
“Adik..’,panggil papa di hadapan orang ramai. Mungkin sudah ternampak aku pada waktu itu..
Aduh…malu lah aku..Bukan perlahan dipanggil macam tu…nama ‘adik’ pula. Padahal umur dah 22 tahun. Mesti mereka ketawakan aku. Aku dapat rasakan darah naik kemukaku..
“Nak ke mana tu…dari tadi papa cari… mari sini…”.
Setelah aku berpaling, aku tahu semua mata orang di ruang tamu memandangku…Aku tidak tahu macam mana aku melangkah…Aku rasa macam tak berpijak di atas lantai…
“Ha…ini anak bongsu I,adik..”
Ketika itu aku baru sampai di ruang tamu…Malu aje, diperkenalkan sebagai adik…Kerana terlampau malu semua orang aku bersalaman yang ada kat ruang tamu termasuk la..tunang Liana..Aku tengok sinis saja pandangan Liana padaku…
Tan Sri Azlan kelihatan terkejut…
“Both look same…Like clon”, jelas Tan Sri Azlan…
“ Lupa nak cakap..they are twins…”jelas papa..
“La..patutla serupa…Apa namanya” Tanya isteri Tan sri Azlan yang ketika itu memandangku…
“Alia..”kataku perlahan..
“Kat rumah ni, I dengan mamanya panggil my daughter ni adik dengan kakak…”
Aku mengambil tempat di sebelah papa yang kosong..Dan mataku mati pada tunang Liana yang nyata merenung sinis padaku…,kenapa pulak ni…membuatkan aku tidak sedap duduk aje…
“why, I tak pernah tau yang you ada anak kembar…I ingat u ada seorang je anak”tanya Tan Sri lagi..
“Ialah…kenapa we never see Alia before..”tambah isterinya…dengan tiba-tiba semua berminat nak tahu pasal aku…dan aku sedar ketika itu, Liana tidak senang dengan keadaan itu…
“Oh…adik ni baru balik dari UK, baru sebulan yang lepas…tambah pula dia ni tak suka keluar rumah. Asyik ke pejabat dan rumah aje kerjanya…Tak pun..dia suka duduk di Johor dengan adik I…Lain sangat perangainya dengan yang kakak.Opposite la…”
“Patutlah…”
“So…macam mana kerja dengan papa Alia…ok”tanya Tan Sri berminat ingin tahu…
Aku tahu..kali ini aku kena menjawab lagi..
“Ya.. ok..masih belajar lagi…Takut juga papa asyik perhati aje”Ringan sahaja mulutku menjawab…dan mereka ketawa mungkin jawapanku menggelikan hati mereka….
“Riana dah bertunang dah…Alia bila pula…”Tanya isterinya lagi…Berderau darahku…
“Tengok… dah merah pun muka..”gurau Tan Sri…Mampus aku…macam terbakar rasanya aku di situ.dan kedengaran mereka ketawa…Nasib baik Tok Wan dan Nek Wan sampai waktu tu menyebabkan isu itu tertutup..
“Ha…mananya tunang kamu kakak..”tanyaTok Wan padaku…
“Er…Tok Wan silap orang ni…”sambil aku menyalami Tok Wan dan Nek Wan yang duduk berdekatan aku..
“Apalah ayah ni…kan kakak dengan tunangnya kat sana tu…”balas mama…
Semua yang ada kat situ tergelak lagi…Kalau dulu…kami yang selalu menyamar..tapi sekarang keadaan yang menyamarkan kami…
“La…aku ingatkan, ini kakak…yang kamu ni duduk kat Malaysia yang tiru mat salih tu kenapa…berbalik pula…”aku tahu tok wan maksudkan rambut kami…Rambutku hitam tetapi rambut Liana perang…
“Kamu Is, hati-hati…jangan tertukar pulak mereka berdua..”Gurau Tan sri..Dan mereka gelak lagi..
“Ha… betul tu Is, nanti tak pasal-pasal”tambah isteri Tan Sri.
“Tak bertukarnya sebab rambut Riana dan Alia kan beza”jawabnya selamba dan gelak bersambung lagi..”
“Ha…adik, lama kat UK tak kan tak sangkut seorang pun”tanya Nek Wan pula..
Aku ingatkan cerita aku dah tutup tapi disambung la balik…Aku hanya senyap…
“Senyap-senyap tu ada la tu…”sambung Tok Wan pula…
Aku rasa makin lama aku kat sini makin terbakar aku…
“Emm…Alia minta diri dulu… naik atas dulu la…”Kataku sambil mengangkat kaki…Dan bergema lagi ketawa…
“Kalau you nak tahu, itulah perangai adik, pemalu…asyik nak cabut sahaja kalau orang menyakat….”Aku tidak hiraukan mereka lagi…Tidak lama aku di bilik, Arissa menyusul…
“Apa senyum-senyum…nak kena ni”kataku pura-pura marah..
“He….akak, bila akak nak kahwin…mesti dah ada special ni…diam tanda ada kan…”guraunya…
“Eeee…budak ni, nak kena ni…”
“Alah akak, gurau je…kenapa akak tak fire je tadi…”
“Ewah…ingat akak ni tak ada adat ke….”
“Arissa tahu akak memang baik…sangat-sangat baik…sampai mudarat diri..”
“Dahlah…cukuplah akak dapat malu hari ni…”
“Kak…nak tahu tak…tadi masa semua orang duk cerita pasal kak Alia, kakak nampak macam marah sangat…Kalau mata Arissa ni ada power lebih…rasanya dapat lihat api sedang marak membakar…”
“Arissa ni…kalau tak buat lawak dalam sehari tak boleh ke..”
“Arissa cakap yang betul la..akak tak caya ke??”
“Arissa…mana pernah tak betul cakapnya kan…”aku sekadar memerli dan dia ketawa…

1 comment: