Sunday, June 28, 2009

Gelora Hati 7

Macam-macam terjadi sekarang sampai aku pun tidak tenang. Pertelingkahan antara kakak dengan tunangnya sekaligus menjerat aku terheret sama. Sebenarnya kebelakangan ini, Is selalu datang berjumpaku semata-mata nak aku pujuk kakak. Macam mana aku nak buat. Padahal aku bukan rapat sangat dengan kakak apatah lagi Is. Aku jadi kelu. Sejak kebelakangan ini melarat sampai ke pejabat. Ada sahaja yang tak kena dan dia selalu menggangguku.
“Is…bukan I tak nak tolong..I memang tak boleh…you tak tau macam mana I dan kakak I.”
‘Takkan you tak boleh tolong..kan itu kakak you…”
“Ia itu kakak I, tapi tunang you…”
“Ialah sebab tunang I lah I minta you tolong..please”
“Nanti la I fikir macam mana…I nak buat kerja ni…”
“Ok..sorry to disturb you…thanks for your kindness…”
Alia mengeluh…..Macam mana ni…sakit kepala aku…Nak cakap dengan kakak…alamak haru-biru la nanti…
Lepas kerja hari itu…aku melintas bilik kakak sebelum aku ke bilikku…kelihatan dia tidak ada lagi…Hanya mama yang ada pada waktu itu…
Lantas aku terfikir..apa salahnya kalau aku beritahu mama, biar dia sampaikan…Aku menyapa mama yang waktu itu sedang berehat di taman…
“Mama…kakak ke mana??”
“Mana lagi…keluar la…sakit kepala mama ni??Kenapa, adik nak keluar juga ke?”
“Taklah mama..nak tanya pasal kakak sikit…adik bukan nak masuk campur mama..tapi adik tak tahan Is selalu telefon adik kat pejabat minta slow talk dengan kakak..Mama kan tahu kakak kalau adik cakap pasal Is mesti melenting..Bukan makin selesai, makin parah ada la…”
“Kenapa..Is cari kamu ke??”
“Tak ada la…setakat telefon kat pejabat..tapi ma…adik tak suka la dia asyik mengadu kat adik aje..”
“Apa yg diadunya…?”
“Pasal kakak tak nak jumpa dia kes kakak nak jadi model…”
“La..pasal tu…suruh aje la dia mengalah..bukan dia tak kenal perangai kakak kamu..”
“Tapi ma..”
“Tak pe biar mama uruskan…adik jangan bimbang..”
Dua hari kemudian mama menjemput keluarga Is makan malam…dan akhirnya kakak dan Is makin baik…dan kelihatan ok..Tapi yang hairan, Is kelihatan tidak senang bila melihat mukaku..seakan-akan marah…Kenapa pula..
Esoknya..ketika aku baru nak keluar untuk lunch..telefon pejabatku berdering…
“Hello.. Alia here, can I help you…”
“Yes of course…I want to see you…Immediately, I tunggu kat bawah…”
Aku kenal benar suara itu kerana suara itu sudah banyak kali menjerkah pendengaranku kerana ingin aku memujuk buat hatinya..Kenapa pula ni…
Sedang aku tercari-cari, tiba-tiba kereta BMW 3 siri berhenti betul-betul di hadapanku..Aku lantas masuk untuk mengelakkan orang lalu lalang memerhati perilaku kami…
“Ya..ada apa you cari I tiba-tiba ni…ada masalah dengan kakak lagi??”
“I don’t have problem with Riana but with you…” jelasnya kelihatan marah..
“Apa I buat ni…sampai you macam nak bunuh I ni??”
“You tak tau ke??”
“sebab I tak tahu la I tanya?”
“Kenapa you ceritakan masalah I dengan Riana pada mama you..”
oo..itu sebabnya..
“So, apa salahnya..kan you juga suruh I..”
“Tapi I tak suruh mama you tolong…” jerkahnya…
“Yang you nak marah tak tentu pasal ni kenapa…You suruh I tolong jadi I tolong lah..”nadaku juga sedikit tinggi kerana sebenarnya di pejabat pun ada masalah tadi yang menyebabkan kepalaku macam nak meletup sahaja.
“Ya…tapi I minta tolong you..you should not malukan I macam ni…”
“So..you nak I buat apa…you ingat kakak I nak dengar ke apa yang I cakap…”
“Kalau you tak mahu tolong cakap aje…kenapa..”belum habis dia bercakap aku memintas…
“so..I yang salah..kalau you rasa I salah I minta maaf…Boleh hantarkan I ke pejabat semula…I ada hal…”
“I belum habis cakap lagi..”
“You nak apa sebenarnya..”
“The point is…you malukan I..”
Ishk…lelaki ini..ego betul..
“So…you nak I buat apa…You ni kan ego..”sambungku tiba-tiba…Entah kenapa mulutku celupar tiba-tiba..
Tiba-tiba dia memberhentikan kereta tiba-tiba menyebabkan kepalaku terhantuk di dashboard kereta…
“You ni kenapa…nak bunuh I ke” Tanyaku geram dengan nada.
Dia yang ketika itu ingin marah..tiba-tiba terkejut melihatku…
“Alia…your head is bleeding…” ucapnya..
“So..puas hati sekarang…ini yang you mahu buat kan…so..puas…”
Aku lantas membuka pintu dan nasibku baik teksi yang lalu ketika itu berhenti bila aku menahan.Selepas itu, aku tahu dia memanggilku…
Dasar lelaki tak kenang budi…
“Taman Damansara…”aku lantas pulang ke rumah…Kepalaku yang masih berdarah aku lindungi dengan tisu…Entah kenapa..kepalaku tiba-tiba pening dan keadaan gelap..sayup-sayup aku dengar suara mama dan kakak dan terus sunyi…
Sedar-sedar…tanganku dicucuk wayar halus…Kelihatan papa dan mama di kerusi menunggu…
“Kenapa adik kat sini ni…Kat mana ni..”
“Kat HKL…adik pengsan petang tadi…panic mama” jelas mama..
“Apa dah jadi ni adik…kenapa kepala boleh luka…”tanya papa.
“Tak ada apa-apa. Adik cuai tadi.Kawan adik tiba-tiba brek mengejut..”
“Habis kenapa tak ke klinik…”
“Ingat kan sikit aje..tak sangka teruk sangat…”
“Tulah lain kali kalau sakit tu tak payah pergi kerja..jangan paksa diri macam ni adik…”nasihat papa..
“Tadi tak ada apa-apa…tiba-tiba je pening kepala…” jelasku…
“Dahlah papanya…biar adik rehat dulu…dia tak sihat tu…”Aku hairan..mama seakan ambil berat padaku…mungkin sebab aku sakit…

Di Taman Damansara…Is tidak senang hati…kerana egonya petang tadi..telah menyebabkan gadis itu tercedera…sebenarnya bukan dia sengaja. Cuma kerana malu…dia bertindak di luar kawalan. Sudahnya…hatinya juga yang terseksa…Makan malam tadi pun hambar bersama Riana…Ingatannya hanya pada Alia…apa dah jadi pada diriku ini…desisnya…
“Is ni kenapa dari tadi asyik termenung…ada masalah ke?? Dahlah kat rumah Riana pun ada masalah…”
“Masalah…kenapa?”tanya Is…
“Masalah Is pun tak selesai nak tahu masalah keluarga Riana pula ke??”
“Apa salahnya kan..nanti jadi keluarga I juga kan…”
“Tak lah teruk…Adik…petang tadi lepas lunch hour…tiba-tiba balik rumah dengan kepala luka…lepas tu pengsan..”
Terkejut perut Is…Cuma dikawalkan takut, diketahui Riana…
“Pengsan…luka…Lepas tu macam mana??”
“Wah…ambil berat you pasal adik I..”
“Adik you adik I juga kan…”
“Aaah…tak payah…I tak suka you layan dia..”
“Kenapa dengan you ni..takkan jealous dengan adik sendiri…”
“Yalah..mesti..dia, semua yang I ada semua dia nak..nanti tak pasal-pasal you pun dia kebas…”
“Eh..takkan lah macam tu sekali..”
“You tak kenal adik I tu…dia Nampak aje baik…sebenarnya sebaliknya…”
“You ni kenapa burukkan adik sendiri…”
“I punya hallah..yang penting you jangan layan dia sangat..”
Is menggeleng lemah..terasa pelik kerana tiba-tiba Riana mengutuk adik sendiri..
“so..macam mana adik you..”
“Macam mana lagi…kat HKL lah…sakit sikit pun sampai kena tahan kat hospital …ngada-ngada betul…dasar anak manja”
“You ni kenapa…adik you sakit pun you tak kisah…”
“Alah…masa I sakit dulu pun dia tak kisahkan I pun..”
“You ni macam bermusuh dengan adik sendiri aje…”Teka Is…
Tapi Riana hanya membisu…Tiba-tiba Is terasa bersalah pada Alia..mungkin sebab dia Alia terpaksa di tahan di hospital..

1 comment: