Wednesday, March 10, 2010

Gelora Hati 11

Selepas mendapat rawatan di klinik..aku ingin menghantarnya balik..Dan baru aku ingin hidupkan enjin..dia mula bercakap…



“Alia hantarkan Is ke Perdana ya…”pintanya..

“Apartment Perdana..Is tak mahu…my parents bimbang nanti…” pintanya lagi kerana melihat aku seakan tidak faham…

“Is..Alia minta maaf..Is jadi macam ni..mungkin sebab Alia..Alia tak tahu dia maksudkan Is…” jelasku..

“Dia…siapa dia..Alia kenal siapa yang pukul Is ke??”

“Mungkin..sebab..sebab…”

“Tapi lelaki tadi sebut pasal…Ria..Ria kan…”

“Ya…Ria..but not Riana kan…”

“Dialah..satu-satunya lelaki yang suka panggil Alia, Ria..not Alia…”

“Is tak faham…”

“Mungkin ramai yang tak tahu..dan Alia tak akan terkejut Is tak tahu…My original name is Adriana Nathalia…”

“Ya..so..”Tanyanya ingin tahu walaupun dia kelihatan sakit waktu itu…Di dalam hati dia memuji..cantik betul nama..secantik orangnya…

“Is tahu nama kakak sebenar…?”


Is mengetap bibir…memang dia tak tahu pun…yang dia tahu Riana ajelah…


“Adliana Nathasya…”


Dia mengerutkan dahi…


“Adliana Nathasya…habis Riana tu…”dia semakin hairan…

“Waktu kecil dulu…semua orang panggil kami dengan nama Liana dan Riana…Kakak adalah Liana dan Alia adalah Riana.Tetapi disebabkan berlaku sesuatu…nama kami bertukar…Kakak dipanggil Riana dan I, Alia. But after several years…bila I balik ke rumah semula…kami dipanggil kakak dan adik..” Aku berhenti lantas berpaling ke arahnya kerana dia hanya senyap…


“Ya…Is dengar..ceritalah Is nak tahu…” pintanya…

“Actually so complicated…lagipun bukan cerita yang indah untuk diceritakan…” jawabku…

“Is tak kira..I want to know…”

“Hmm..macam ni lah…dipendekkan cerita..memang ramai yang keliru pasal kami berdua..dan disebabkan kami twin..banyak orang yang sering salah anggap…lagipun..ramai yang tak tahu kami twin…”jawabku…

“No matter la..tiba-tiba I kena serang..Ingatkan siapa pula yang minat pada kakak you tapi peminat you rupanya…”jawabnya perlahan…

“Maaf..Alia tak sengaja…you sakit ke…”

“Kalau Is sakit..Alia nak buat apa…”

Aku tak terkata..dengan tiba-tiba aku terasa ingin menangis…

“Maafkan Alia…Alia betul tak tahu Zik sanggup buat macam ni…” air mataku sudah mengalir…

Walaupun aku memandang ke depan kerana memandu..Is ternampak aku sedang menangis…

“Don’t cry my princess…Is tak apa-apa la…”tangannya sudah mula menyapu air mataku…aku terkejut sebenarnya dengan kata-katanya dan tindakannya…


“Betul Alia tak sengaja…Maaf…”pintaku.

“Sayang jugak Alia kat Is ya…”


Air mata yang mengalir tiba-tiba berhenti apabila terdengar kata-katanya…


“Terkejut ke…Sekurang-kurangnya Is tahu ada juga orang menangis bila Is sakit ya…” tiba-tiba tanganku mula mencubit tangannya..

“Aduh…sakit la Alia..Is gurau je…Is sebenarnya tak boleh tengok perempuan menangis..Is jadi lemah…”

“Sakit-sakit masih nak buat lawak lagi..Alia report kat uncle dan auntie baru tahu..”ugutku..

“Eh..janganlah…please sayang…”guraunya lagi..sebenarnya dia senang jika berbuat begitu dengan Alia..

“Tengok tu..Is ni dah tak betul ya sebab kena pukul..Is pun masih tertukar ke Alia dengan Riana..”tanyaku…

“Bukan orang sama ke..Alia..Riana..Adriana..”balasnya…

“Alia rasa Is memang kes teruk ni sampai macam tu sekali jadinya bila kena pukul..” Dia hanya ketawa dan tiba-tiba mengaduh sakit…

“Ha..tulah…dah tahu sakit..buat la cara orang sakit..ni mengarut aje cakapnya…” bebelku…

“Baik tuan puteri..Is ada permintaan ni…” pintanya..

“Encik Shahrul Ariq Iskandar…awak tu sakit..rehat betul-betul aje la…jangan duduk membebel tak pasal-pasal” nasihatku…

“Is akan senyap dan rehat kalau Alia tunaikan permintaan Is…”pintanya..

“You ni..banyak songeh betul lah bila sakit..cakaplah”

Sebenarnya aku kesiankan dia..muka lebam..dekat badan tak tahu la aku….Tapi tak mahu jugak berehatnya..


“Is…Is panggil Alia….Adriana boleh…” pintanya…

“La…kenapa pula..panggil dengan nama Alia tak boleh ke??” tanyaku hairan..ni lagi sorang nak panggil nama yang pelik pada orang lain…

“Adriana lagi cantik dari Alia..”aku hanya menggeleng…

“You ni pelik la Is..ok..kalau macam tu Alia panggil Is, Riq boleh…”

“Emm..boleh…Actually, boleh sangat-sangat…tulah nama manja I…Riq and Adriana…ok… perfect

Aduh pulak…mulut aku ni tak ada insuran betul la..

“So…sekarang you boleh rehat…”balasku..

“Riq…” tambahnya..


Adoi..sakit betul..Mengada-ngada betul..Layan ajelah..lagipun sebab aku jugak dia sakit macam ni…


“Ok..Riq..Riq rehat dulu..nanti Adriana kejutkan bila sampai..” jawabku..sedikit geram…

“Umm..good girl..but if you cakap dengan lembut..lagi cepat I rehat…”

“You ni kan…”aku mula geram…

“Tengok…macam mana Riq nak rehat kalau Adriana marah-marah ni..”jawabnya…


Aku menarik nafas..


“Ok..Riq…take your rest ok..”balasku manja..

“That’s my princess…”lalu dia pejamkan mata….


Aku tak tahu kenapa aku selesa melayan dia..Kadang-kadang aku terlupa bahawa orang yang aku layan ni patut aku jauhi..dia tunang kakak kandungku…Tetapi bila aku cuba mengelak..mesti ada yang menghalang…Aku tahu aku tak patut berbuat begitu..seakan-akan mahu merampas dia dari kakak..Sebenarnya aku bukan berniat begitu…Kenapa hatiku sering riang bersama dengannya..Dan kenapa takdir seakan-akan memainkan diriku ini…Dari dulu lagi..mesti ada kaitan dengan kakak..tidak boleh ke aku bergembira dan hidup seperti orang lain..Ada keluarga yang saling menyayangi..ada insan istimewa yang mengambil berat…Sedar tak sedar aku telah sampai di tempat yang dituju..Aku berpaling ke arah Is…tenang saja dia tidur…Seakan-akan tiada masalah langsung….Melihat mukanya yang lebam..nyaris sahaja tanganku ingin hinggap di mukanya tetapi aku tersedar..Jangan nak menggila..nanti lagi teruk..Kenapa dengan aku sekarang ni..Aku mengeluh tiba-tiba dan membuatkan Is terjaga…


“Emm..dah sampai ke??” tanyanya..

“Ya..dah..Alia tak sampai hati nak kejutkan Is tadi…”


2 comments:

  1. wah..mesti nnti berantakan nih.. tkpe sambg cepat.. jangan hilang lama sangat ye!

    ReplyDelete
  2. adusssssssssss, kacau bilau ni nanti!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete