Friday, March 12, 2010

Gelora Hati 12

Entah kenapa dia tak ambil pusing dengan kata-kataku…
“Apartment Is di tingkat berapa??”tanyaku…

Dia senyap..Kenapa pulak..sakit ke…
“Is…Is sakit lagi ke…” tiada respon darinya…hanya dia memejamkan mata..Kenapa pula…Nampak dah ok tadi..kenapa diam pulak…takkanlah………
“Riq…Adriana tanya ni..Riq sakit ke….” Aku mengulang kata-kataku dan dia memberi respon pula…Sebuah senyuman terukir dibibirnya walaupun matanya masih terpejam…Sangkaku memang mengena dia sudah tidak mahu aku bahasakan diri dengan Alia dan Is lagi..
“Riq..tak sakit..nak testing je…” balasnya…
“Tak sedar lagi ye..awak tu sakit…”balasku..sambil menggeleng..
Aku menuruni kereta dan membuka pintu untuknya…Kelihatan dia seakan susah nak bangun..Teruk lagi ke sakitnya..Detikku dalam hati..Lelaki..kalau sakit bukan nak ditunjuknya…Lagipun Is ni memang ego..Aku nak tengok macam mana dia bertahan…Jahat juga aku ni…Melihat dia terkial-kial..aku menolongnya..

“Biar Alia yang papahkan…” Aku memberi cadangan…
Dia tak memberi respon lagi…Eii..dia ni dah la sakit…Nak buat aku sakit hati sekali…Kalau bukan sebab aku..malas aku nak melayan…Aku memaniskan muka…

“Riq..Riq nak tidur kat sini ke?? Mari Adriana tolong..”
Kali ini baru dia bergerak dan ketika dia bangun dia memegang pinggangku erat…Terasa arus elektrik menjalar ditubuhku…Aku hanya cuba beraksi seperti biasa…Tangannya kemudian diletakkan di bahuku..membuatkan degupan jantungku sekencang angin rasanya…Makin hari aku rasa perasaan aku semakin tidak menentu..Sebaik mungkin aku patut mengelak…
“Riq selalu tinggal di apartment ni ke??” tanyaku sekadar ingin mengusir perasaan yang kian mendatang ini…
“Tak jugak…biasanya time nak kan privacy…Riq datang la kat sini…”
“Your parents tak tanya ke kalau you tak pulang ke rumah…” tanyaku..
“Kenapa…you risau ke kalau I tak pulang….”Dia bertanya padaku balik…
“Kenapa pula Alia nak risau…” tanyaku..
“Adriana…..”
“Ya…”jawabku
“You rasa pelik ke kalau I panggil macam tu…”
“Em…pelik la…jarang orang guna nama tu untuk Alia…”
“Because of Riana..”tanyanya lagi..
“Mungkin kot..”
“Ceritalah..apa yang terjadi sebenarnya…”
“Alah…Riq ni cerita tak best pun nak dengar jugak…Tanyalah kat kakak…”balasku..
“Kakak you tu..asal Riq tanya pasal Alia..mesti dia naik angin…”
“Ya ke…”lantas aku ketawa…
“Eh..ketawa pulak dia…”
“Ialah…yang you tanya benda pelik-pelik siapa yang tak marah…”jelasku..
“You..”
“Kalau Alia..kalau belum tahap nak meletup..boleh la layan..”
“Ia ke…Oo..I rasa I pernah kena bila you meletup..”
"Bila pulak…”
“Alah…masa…masa I cederakan your head hari tu..Em..kiranya adillah sekarang kan…dulu Riq cederakan Adriana dan sekarang sebab Ria..Riq pula yang kena hentam..nasib baik hidup lagi…”
“Eii..mulut..tak sayang mulut ke…”jawabku…
Ketika itu sudah sampai di muka pintu apartmentnya…Is memasukkan sebelah tangannya mencari kunci agaknya…Dan selepas itu tangannya terketar-ketar untuk membuka pintu…
“Biar Alia yang bukakan..”lantas aku mencapai kunci di tangannya..Selepas aku seakan teragak-agak hentak masuk ke bilik Is…Pertama kali masuk bilik lelaki yang tiada hubungan persaudaraan denganku…Sebenarnya aku takut…Aku membaringkan Is di katil biliknya…Kemas sekali biliknya…Dengan susun atur yang unik dan perabot jati yang memang cantik..Pandai betul dia menyusun apartmennya..
“Adriana jangan risau..kat sini tak pernah ada orang kena tangkap…”jelasnya mungkin nampak aku takut-takut..
Aku hanya tersenyum…Faham apa maksudnya…

“Riq nak apa-apa..yang boleh Alia bantu..”
“Adriana…”
“Ya..yang boleh Adriana bantu…”sambungku…
“I lapar sebenarnya…tadi belum makan..just lunch tadi..tu pun sandwich aje…”
“La..sampai tak sempat makan…” Aku melihat jam..dah pukul 11.30 malam..Cepat betul waktu berlalu dan aku terlupa..seharusnya aku patut pulang ke rumah…Kalau bukan mama dan papa tak ada kat rumah..mesti dah heboh..
“Tak mahu salin baju dulu..”
“You nak tolong salinkan ke??” guraunya…
“Orang tanya betul-betul..dia main-main pula…”
“Emm..tolong ambilkan baju Riq kat almari tu..”pintanya..
“Boleh ke…tak ada benda pelik-pelik ke?”
“Ada..”jawabnya sambil ketawa…

Aku mengambil baju tidur untuknya kerana lebih senang dipakai…Lantas memberinya dan aku keluar sambil menutup pintu..
“Kejap lagi I datang…”lantas aku ke dapur mencari makanan yang ada..Tiada apa-apa yang boleh di makan..Cuma ada tin-tin makanan..
“Is kat dapur you tak ada benda yang boleh dimakan..you lapar ke..nanti Alia pergi carikan…” balasku..
“Tak apalah…I makan esok aje…malam-malam ni bukan elok you pergi cari makanan..lagipun you tu perempuan..nanti jadi apa-apa siapa yang nak tolong..”jawabnya..
“Habis..lagipun kejap lagi I nak balik pula..sama la tu…”jelasku..

“You nak balik ke…dah malam ni…”jelasnya…Ishk dia ni..ingat aku ni adik dia ke..saudara dia…ish..tak pernah aku buat…Dahlah masuk bilik lelaki bukan muhrim..nak duduk kat sini..Takut aku…
“Habis…takkan la Alia nak duduk kat sini..tak baik berdua…mesti ada….”aku tidak jadi menyambung kerana sudah berfikir pelik-pelik..Dia kan sakit…lagipun muka dia dah berubah…Nak temankan dia di sini..Cari nahas aku ni…Ni semua pasal Zik…orang cakap terus-terang jadi macam ni pulak..Cakap berlapis dia tak mahu dengar…
“Ya..Is faham..baliklah..careful drive…sampai rumah nanti call Is ya…” aku tahu dia seakan marah..tapi peduli apa aku..nak cari nahas..kalau kakak tahu aku ada kat sini aku tak tahu la macam mana… aku tak tahu la kenapa aku sering sahaja terlibat dengan benda yang aku tidak senangi..makin aku mengelak makin akan mendekat…
Aku serba salah sebenarnya..bukan aku tak berhati perut..tapi masalahnya dia lelaki..kalau perempuan senang pula…lagipun berdua sahaja, kalau ada orang lain tak lah aku rasa bersalah..
“Alia..”
“Pergilah..its ok..I boleh uruskan hal I..nanti malam makin gelap I pula yang risaukan you..”
“Kalau macam tu I balik dulu ya..nanti…”
“Ok..thanks..”

Aku memandu dengan hajat ingin pulang ke rumah tetapi terbantut bila terlihat gerai di birai jalan..lupa pula yang Is mengadu yang dia lapar…Dengan tiba-tiba ku berhenti di birai jalan dan membeli 2 bungkus makanan..Aku pun lapar sebenarnya….Lantas aku menuju ke apartment Is..

Nasib baik dikunci keretanya ada kunci apartmentnya…kalau tidak memang tak dapat masuk la aku…Dengan perlahan aku menuju ke bilik Is…dan kelihatan dia masih belum tidur..
“Hi..kenapa tak tidur..well…I got some food for you..you lapar kan..”tanyaku sambil tersenyum..
“You kata you nak balik..”
“Kesian kat you..nanti tak sihat-sihat sebab tak cukup makan…you tunggu kejap I siapkan..” aku ke dapur dan merebus air..nasib baik kelengkapan dapur lengkap..

Akhirnya seteko Nescafe aku siapkan…dan aku membawa ke bilik Is..
“here your dinner sir…”pelawaku…
“Wah…kuatnya bau Nescafe….you tak mahu kasi I tidur ke…” tanyanya…
“Actually..I just buat je bila nampak Nescafe ni..”
“Pandai ke you buat air ni..ingatkan tak pandai..”perlinya..
“You ingat I tak ada bakat kat dapur ke..I ni nampak je moden…tapi honestly speaking I’m the village girl…”
“em..kalau tengok muka you..memang tak nampak orang kampung pun..macam princess…”
“Emm..princess la…you tak tahu..kalau I balik kampung I suka pakai macam orang kampung la..pakai kain batik..baju kurung..kalau masa arwah Wan dan Tok Wan ada lagi best…kami masuk kebun sama…redah sungai…masak sama..dah tak ada rupa princessnya..”Aku ketawa sambil mengimbau waktu lalu..

“You suka duduk kat kampung ke??” tanyanya..
“Mula-mula tu janggallah..lama-lama rasa lagi best duduk kat kampung…Makanlah..tadi kata lapar..” pelawaku..

Dia makan…Nampak macam hilang sakitnya..mungkin terlalu lapar agaknya..aku pun memakan Kuew teow Ladnaku..masakan kegemaranku yang selalu dimasak oleh Wan dahulu…

“You pandai masak Adriana…”Aku yang sedang makan terkejut..
“Kenapa you tanya…kalau pandai pun I takkan masakkan untuk you..you suruh kakak I lah…”
“alah..kalau kakak you.. suruh dia shopping lagi dia pandai…I tanya you ni..”
“Amboi..umpat tunang sendiri..”
“I tanya ni..”
“Sikit-sikit..”
“Sikit-sikit macam mana??”
“Kenapa..you nak jadi pengadil ke?”
“Why not..nak juga rasa masakan you..air dah dapat rasa…lulus..best air you buat ni..”
“Alah..tak payah puji-puji..siapa tak pandai buat air..”
“I…”
“You lelaki..tak apa..”
“Jadi..you tolong buatkan…”
“Tak ada masa…”
“bertuah suami you nanti..”
“Emm..siapalah jejaka yang bertuah tu kan….”
“I..”
“You ni kan..kalau tak sakat I tak boleh agaknya..habis kakak I nak letak kat mana?”
“Agaknya la..”
“Kalau macam tu..I balik dulu la..you dah sihat rupanya..”
“Adriana…Riq gurau je…ok..i’m behave myself..” jelasnya..
“You rehatlah…biar I duduk kat luar…ada apa-apa panggil je..”
“You tak mahu balik ke??”
“Kenapa??You nak I balik ke??” tanyaku balik..
“If you tak kisah, stay please…”
“Ok..kalau ada apa-apa I kat luar ya…”
“You nak tidur kat mana?”
“I rehat kat luar aje…tak manis berdua-duaan dalam bilik..lagipun awak tu my sister fiancé..Kalau kakak tahu..mahu perang saudara…please jangan cakap I pernah temankan you ye…”
“Kenapa??”
“You ni kan..bila nak rehat ni…just remember that…I tak mahu sebab I, kakak dan you renggang hubungan nanti..believe me..never told her…If not..you will suffer..”
“Why..”
“I akan jawab kalau lepas ni you akan rehat..promise me..”
“But…”
“Kalau macam tu…Good Nite..”
“Ok..ok..last answer please??”
“Because you tak kenal I and tak kenal my sister..ok..now take your rest..”
“But…”
“Aaa…your dah promise..” ugutku..
Dan dia menutup mata dengan keluhan…Aku menyelimutkannya dan meninggalkannya dengan pintu bilik terbuka…Dalam diam, Is memerhati tingkah laku gadis itu kerana terkejut apabila gadis itu menyelimutinya…Begitu bersifat prihatin..Dalam diam..Is merasa senang dengan layanan gadis itu sementara tunangnya..makin lama makin hilang perasaannya…

6 comments:

  1. waaaaaaaa bestnyer...

    cik penulis kite nak is dgn alia bleh x hehehe,...

    ReplyDelete
  2. AH SUDAH....ni dh btl2 ni...nak is ngan alia tp pasni mst kakak dia lg marah kata alia...

    ReplyDelete
  3. adussssssssssssss, confirm perang teluk lepas ni......................

    ReplyDelete
  4. salam...bla nk ada n3 baru nie.....

    ReplyDelete