Wednesday, June 10, 2009

Gelora Hati 5

Aku meneruskan kerja-kerjaku seperti biasa dah kini aku sudah petah melakukan kerjaku tanpa ragu-ragu lagi tetapi ada lagi yang perlu aku belajar…Hujung minggu, aku akan keluar untuk menghilangkan rasa boring kerana papa dan mama sekali lagi seakan sibuk…mungkin menguruskan perkahwinan Liana…tapi itu semua aku tak hiraukan sangat lagi kerana aku sering ke Johor jika aku rindukan belaian seorang ibu dan ayah kerana umi dan abah lebih memahami apa yang aku alami…dan setelah aku berada di rantauan selama beberapa tahun…aku sudah biasa walaupun ada ketikanya aku akan menjadi orang yang bersedih………
“Adik ni kenapa???mama tengok sejak kebelakangan ni hujung minggu aje pergi Johor…duduk kat rumah tak boleh ke??”kata mama suatu hari…Saat itu aku terasa ingin menangis tetapi aku kuatkan hati bersabar tetapi airmataku tumpah juga bila aku berada dalam bilik…
Aku tahu syurga itu di bawah telapak kaki ibu…tetapi kenapa apa sahaja yang aku buat serba tidak kena…padahal kalau aku berada di rumah pun…aku keseorangan kerana Mak Tom sudah tidak berkhidmat untuk keluargaku lagi kerana balik kampung untuk bersama anak-anaknya…Pada siapa aku ingin berbicara…dengan bibik…dengan dinding…Aku rasa kalau aku tak kuat dan lama hidap sakit jiwa agaknya aku…
Suatu hari ketika di hujung minggu…aku menghiburkan diri dengan bermain piano…Sebenarnya sudah lama aku tidak memainkannya…tetapi dah jadi rutinku sekarang di hujung minggu…Sedang aku asyik bermain dan menyanyi lagu kegemaranku…’everytime’ nyayian Britney spears… aku tak sedar ada seseorang di ruang tamu. Aku menyedarinya hanya bila dia menegurku..Aku yang terkejut ketika itu bangun dengan tiba-tiba sampai kerusi yang aku duduk itu terjatuh…
“Sorry…sorry…I tak sengaja…you ok…”tanyanya prihatin..
“Ya…ya..Alia ok…”
“Nak jumpa kakak ke??kakak belum balik lagi keluar dengan mama…ab…aw…you janji dengan kakak ke…”tanyaku serba salah kerana aku tak tahu nak panggil dia apa sebenarnya….
“Sedihnya..nama tunang kakak sendiri pun tak tahu…Well i’m Shahrul Ariq Iskandar…boleh call me Is…if you want”
Macam perli aje nadanya…aku bukan lupa namanya malah sudah tersemat dalam kepalaku kerana namanya sungguh cantik..Cuma bila berhadapan begini tanpa orang lain…aku serba salah..
“You ni memang selalu memerap dalam rumah ye…tak jalan-jalan hujung minggu ni??”tanyanya ramah..
Sebenarnya bukan aku tak nak keluar tetapi…tak de orang nak teman…kalau kat Johor lainlah…Lalu aku mengambil jalan pintas..
“Saje nak memerap kat rumah..Tolong jaga rumah..”Aku bernada lucu…
“Hah…tak percaya lah I…”perlinya..
“Well…Alia tak suruh percaya pun..”lalu aku angkat kaki…huh..perangai tak berkenan langsung….nama je cantik…cakap tu kalau elok-elok tak boleh agaknya.
“Nak ke mana..marah ke?? I gurau je…”hati Iskandar mula rasa bersalah…mungkin dia menganggap gadis tu Riana…Kalau Riana…akan dibalas balik kalau tak berpuas hati..tapi gadis ini tidak…
“Actually…Alia tak marah…Alia ada kerja sikit..lupa pula..Ok, see you”Lantas aku angkat kaki…
Aku tidak betah tinggal kat rumah lagi…Kali ni apa nak jadi, jadi lah…lagipun lama dah aku tak ke Johor…Dengan menukar baju yang lebih sopan, aku lantas mengambil kunci, kereta pemberian papa…Aku turun ke bawah bila siap..dan aku nampak dia memerhatikan aku…Untuk tidak dikatakan kurang ajar pada tetamu…aku mendekatinya…
“Maaflah..Alia bukan tuan rumah yang baik..ada hal”dan aku pergi mendapatkan bibik di dapur…
“Bik…kalau mama dan papa tanya adik pergi mana…cakap adik ke Johor…”
“Non..kenapa mahu ke Johor lagi…nanti ibu marah lagi sama non…”
“Alah bik…kejap aja…adik tak tidur sana la…adik balik malam nanti ok…”
“Nanti bapak marah non memandu malam-malam sorang-sorang…”
“Alah…bik..boleh la ya..kejap aja”
Sebenarnya perbualan Alia dengan bibik itu dapat didengari oleh Iskandar kerana kebetulan dia ke tandas berhampiran dengan dapur…dia tidak segan lagi berada dalam rumah bakal mentuanya itu…Dalam hati..patut lah dia tak keluar sangat…rupa-rupanya susah dia nak keluar…Lain dengan Riana…kalau Riana sampai tak balik rumah pun tak apa…Pelik betul…Paras sama dari keluarga sama tetapi perwatakan jauh berbeza…Kalau dibandingkan Riana seorang yang bebas, tegas, tak mahu mengalah tetapi Alia seorang yang lemah lembut, beradab dan….Dalam hati, Is memuji gadis ini…Entah tiba-tiba dia rasa lain macam….
Hari ini, seperti biasa aku ke pejabat…setelah mengalami hujung minggu yang tidak mengindahkan….Selepas mama tahu aku balik ke Johor lagi dan sampai waktu malam di rumah, papa dan mama memarahiku kerana sikap degilku…Sementara kakak hanya melihat dengan senang hati melihat aku dimarahi sebegitu…Sedang aku mengimbas kenangan di hujung minggu itu, telefon di atas mejaku bordering…
“Hello..”jawabku malas….
“Adik…lunch nanti jumpa papa di Hilton…papa ada sesuatu nak cakap dengan adik…”
“Ok…nanti adik jumpa papa di sana…”
Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku rasa hidupku terkongkong…Itu tak boleh…ini tak boleh…tetapi kalau kakak semua tak apa….Boring betul…Dengan langkah longlai aku menuju ke Hilton kerana pada waktu itu sudah pukul 12.30. Sedang aku berjalan…tiba-tiba ada orang menyapaku…
“Hai….”
Aku berpaling dan melihat kelibat Is….
“Hai…”jawabku lemah sahaja…
“Why you look so tired..banyak kerja ke…”
“Biasalah..banyak kena belajar lagi….”
“Wah…what a good worker….”
“If I’m not a good worker….nanti kena fired…” jawabku bersahaja…
“So funny….takkan lah your dad nak pecat anak sendiri….”
“Tapi tak semestinya my dad company, I boleh goyang kaki kan…”
“Ya…ya good altitude….I like it…your spirit…”
“So…lunch kat sini ke…”tanyaku
“Em….”
Aku tidak perasan dia ingin lunch bersama papa juga sehinggalah sampai di meja di mana papa dan kakak sedang menunggu….Dalam hatiku sudah berdebar….Habislah…apa kata kakak nanti aku sampai bersama dengan Is….Sampai di meja kakak hanya menjelingku….Pada saat itu…aku terasa makanku seakan mengunyah pasir…Aku tahu, nanti mesti kakak marah aku lagi….
“Adik…kenapa senyap dari tadi ni…anything wrong?”tanya papa…
Ya…banyak yang tak betul…jeritku dalam hati….
“Adik…”tanya papa lagi..
“Tak ada apa-apa la pa…Letih aja…”
“Kenapa…banyak sangat ke kerja kat pejabat tu…?”tanya papa lagi…
“Em..belum biasa lagi la pa…tadi pun masa….”lalu aku senyap…nanti apa pula kata papa, kakak dan Is bila aku mengumpat pasal client papa tu…Dah la tua, tak sedar diri…miang betul…
“Hah kenapa??”
“Sakit hati la pa jumpa client tu…Bukan betul-betul nak kerja…nak mengga…alah papa ni..tanya adik pula…apa yang papa nak kata kat adik masa ajak lunch tadi…”jawabku mengalih topic…
“Adik..adik cuba nak alih topic ya…papa tahu apa yang jadi kat ada masa meeting dengan Encik Syed tadi…Omar dah bagi tahu papa..adik bengang dengan dia kan…”
“Papa ni cepat betul tahu…Omar ni pun satu, tak boleh simpan rahsia langsung..”aku menjawab sambil menggigit bibir…
“Mana dia tak cerita….dah Encik Syed terang-terang duk pikat adik…adik buat apa kat dia…setahu papa..Encik Syed tu dah ada isteri…adik jaga-jaga…”
“itu lagi adik tak faham…sakit hati betul…kalau boleh dah lama…”Aku baru teringat pada waktu tu ada Is dan kakak bersamaku…
“Adik nak ganyang dia ke…wah..garang juga anak dara papa ni…”gurau papa…
“Tengoklah papanya siapa kan”jawabku dan papa ketawa…
“yang kamu berdua ni senyap dari tadi ni…gaduh lagi ke??”
Mereka senyap…apa dah jadi pulak…
“Dah confirm betul-betul ke tarikh kali ni…asyik-asyik tunda..naik rungsing papa…”
“Belum lagi uncle….Riana nak tengok keadaan dulu…”jelas Is..
“Kakak ni…apa masalah pula kali ni…”
“Kakak nak tunggu application model tu dulu..baru nak tetap tarikh…”
“Model…model apa pula…”
“Riana apply nak jadi model...Dia tak cakap kat uncle ke??”tanya Is…
“apa…??” tanya papa dengan nada yang kuat menyebabkan orang sekeliling memandang kami…
Aku yang tekun makan tadi pun terkejut dengan reaksi papa….
“Cakap dengan papa betul-betul kakak….jangan buat hal…tak habis-habis cari masalah…”marah papa.
“Mana ada papa….kakak Cuma nak buat apa yang kakak nak buat…bukan apa-apa..”
“Tak ada kerja lain ke….kerja dengan papa kan senang…buat apa cari susah…tengok macam adik…kan ok aje…ikut aje apa yang papa dengan mama minta…”jelas papa.
“Itu adik…tapi kakak lain pa…kakak nak kejar apa yang kakak nak…bukan duduk di bawah tempurung…”jelas kakak…
‘Apa…duduk di bawah tempurung…aku tahu kakak maksudkan aku…”
“Apanya bawah tempurung…papa tak halang pun…tapi not a model”
“Kenapa tak boleh papa..”
“Papa kata tak boleh…no..is it clear Liana…”
Aku hanya menelan air liur….nampak gaya papa dah teramat marah…Dan kakak terus meninggalkan kami tanpa kata…Sementara itu…Is pula menyusul…selepas meminta diri…
“Papa…kenapa marah sangat ni…cool la…rungsing adik tengok…papa kan ada heart problem…” jelasku..
“Papa bukan apa adik….kakak kamu tu dah melampau…semua dia buat dia rasa betul…papa tak tahu nak buat macam mana lagi…Mama kamu pula…kalau apa yang kakak minta dia bagi aje..Papa tahu kadang-kadang adik terasa kan…Tapi bagi papa..adik dan kakak sama aje…”
“Adik tahu pa…papa jangan marah-marah lagi ok…”
“Nasib baik adik tak serupa kakak…senang hati papa….lagipun, papa harap sangat adik akan ambil alih syarikat…Nak harap kakak kamu tu…jauh panggang dari api…”
“Papa kenapa cakap macam tu…adik tak mampu…kan papa boleh handle company…”
“Papa dah tua adik…hanya kamu harapan papa…jangan kecewakan papa, adik…”
“Adik akan cuba papa…I will, because I love you so much…dan adik sanggup lakukan apa saja as long as papa happy…Love you papa…”
Aku tahu papa betul-betul menggantungkan harapan di bahuku…Aku meninggalkan papa setelah selesai lunch kerana papa ada appointment lepas ini…

1 comment: