Monday, June 22, 2009

Gelora Hati 6

Aku menghayunkan kakiku..Memandangkan waktu ketika itu masih awal, aku melencongkan kaki aku ke kedai buku berhampiran dengan hotel itu…Tiba-tiba aku ditegur suatu suara yang tidak asing lagi buat diriku…
“Hai Alia…can you gave me a favour…?”tanyanya sebelum aku berhai dengan dia…
“Ya…kalau Alia dapat bantu of course..”Jawabku kerana mukanya yang bermasalah itu…
“Jom ikut I dulu…”pintanya…
“Nak ke mana ni?”tanyaku..
“Temankan I cari Riana…”
“Er…kenapa…tadi??”
“I tak dapat kejar dia…hope you can help me to find her…I dah pening kepala dengan perangai dia…Sejak kami bertunang…ada aje yang tak kena…Kadang-kadang I rasa dia bukan nak kahwin pun dengan I…”
‘Apa aku nak jawab…cari kakak??…mana aku tahu..Apa aku nak cakap kat dia ni??’
“Actually….office hour belum habis lagi…I need to go back at my office about 20 minutes from now..”
“I tak tahu nak cari dia kat mana…Can you please help me??”pintanya…
Sebenarnya aku kasihan pada Is ni…aku rasa dia terlalu baik…Sedangkan kakak mengejar cita-citanya sendiri tanpa memikirkan orang yang menghargainya..
“Sebenarnya Is..kalau Alia boleh tolong..memang Alia akan tolong..tapi Alia betul-betul tak tahu nak cari kakak kat mana? Walaupun we’re twin…but I can said that we’re totally different…Alia pun tak faham perangai kakak yang sebenarnya…”
Sebenarnya..dalam keadaan ini aku terasa ingin berterus terang bahawa aku dan kaki bezanya antara langit dan bumi…begitu jugak perhubungan kami…nampak baik tetapi hakikatnya…tiada siapa yang tahu kecuali keluargaku…
“Boleh you temankan I kejap…I perlu teman untuk berbicara..”pintanya lagi..
“Boleh…tapi”belum sempat aku habiskan ayat
“I know…tak boleh lama kan…office hour”katanya perlahan..
Aku tersenyum…Dia seakan boleh membaca apa yang ada dalam kepalaku waktu itu…
“Jom…kita jalan kat depan sana”
“Okey”jawabku..
“Sebenarnya I tak tahu nak cakap pada siapa masalah I lagi…nak cakap kat mama dengan abah..nanti lagi haru…”
“Pasal apa…kakak ke??”
“Ye…dia seakan dah berubah sekarang..pasal kahwin pun tak kisah…dia hanya nampak karier dia aje…I fikir juga…adakah I buat silap tapi…dia asyik nak elak jumpa I…majlis kahwin tak sampai 2 bulan lagi..tapi dia…entah I tak tahu…”
“If you don’t mine…boleh I tahu berapa lama you kenal with my sis?”tanyaku…
“Almost a year..kami kenal lebih kurang lima bulan..lepas tu my parents terus pinang dia la… kenapa?”
“Saje nak tahu setakat mana you kenal hati budi dia…”jelasku..
“Pelik I…Riana tak pernah cerita pasal I pada you ke?”tanya dia..
“Honestly speaking….Alia bukan tak nak tolong tapi kalau pasal kakak…Alia memang tak dapat tolong…kami sebenarnya…sebenarnya…”belum sempat aku berkata handsetku berbunyi nyaring…
“Excuse..”pintaku..dan dia mengangguk..
“Hello…ya Fauzi…kenapa?”
“You tanya kenapa…are you forgot something, kita ada meeting at 2.30..dah 10 minit you lewat ni..you kat mana ni…Beck dah naik angin ni…”jelas Fauzi..
“Ya Allah..dah pukul 2.30 ke??Sorry..sorry..I catch you later..Byeeee…”
“sorry I got to go know…I ada meeting…”
“Oh…I’m sorry..I hantar you lah..”
“No thanks…office I tak jauh dari sini..See you” dan aku menghayunkan kakiku…
‘Ishk…kenapalah aku boleh leka sampai terlajak waktu ni…Ini dia punya pasallah..kejap katanya…Tapi salah aku jugak sebab tak ingat waktu…’
Nasib aku kurang baik minggu ini…satu-satu masalah datang…mula-mula kes pejabat…lepas tu kakak…lepas tu mama dan papa bergaduh kes kakak…dan yang aku tak tahan..tempiasnya jua sampai kepadaku…bukan aku tak nak menolong tapi aku memang tak boleh jadi orang tengah…Aku makin pening kerana kebelakangan ini Is tu pula asyik cari aku semata-mata kakak…Nak ceritakan bahawa aku tak rapat dengan kakak..nanti habis rahsia pecah konflik betul…

1 comment: